Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Faktor & Cara Mempengaruhi Peningkatan Metabolisme Badan

Faktor & Cara Mempengaruhi Peningkatan Metabolisme Badan

Kecepatan metabolisme setiap orang adalah berbeza dan ianya dipengaruhi dengan beberapa faktor. Jika metabolisme dalam tubuh badan anda rendah, ada pelbagai cara dan kaedah boleh dilakukan untuk meningkatkan metabolisme badan. Secara tidak langsung, keperluan tenaga akan dapat dipenuhi dan fungsi organ tubuh terjaga. Sebelum itu tahukah anda apa itu metabolisme.

Metabolisme adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Semua akitiviti tubuh kita berkait dengan metabolisme, termasuklah proses pernafasan dan sistem badan memerlukan tenaga. Tenaga itu bergantung kepada sumber kalori. Sebagai contoh, ibaratkan enjin kereta hanya mampu bergerak selepas membakar bahan bakar iaitu petrol ataupun diesel. Metabolisme dalam badan pula adalah agen yang membakar kalori dalam badan kita.

Jika seseorang itu tinggi kadar metabolisme badan, maka proses pembakaran kalori juga akan berlaku dengan lebih cepat, sebaliknya berlaku jika seseorang yang rendah kadar metabolisme dalam badan, maka lambat jugalah proses pembakaran kalori. Ada juga orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi yang mampu makan dengan banyak, namun beratnya tidak menunjukkan kenaikan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi metabolisme badan antaranya adalah usia. Semakin meningkat usia, semakin berkurang otot. Dimana, otot berfungsi membakar kalori. Faktor lain ialah jenis jantina, lelaki lazimnya lelaki memiliki otot yang lebih besar berbanding dengan wanita. Semakin besar otot, semakin banyak kalori yang dibakar saat kita bergerak. Selain itu, akitiviti fizikal dan bersenam juga mempengaruhi metabolisme badan. Ini kerana aktiviti memerlukan tenaga dan ianya akan membakar kalori. Semakin banyak bersenam, semakin tinggi kadar metabolisme badan.

Cara Meningkatkan Metabolisme Badan

  1. Tidur yang cukup.

Kurang tidur dapat mengurangkan jumlah kalori yang dibakar oleh badan, selain meningkatkan hormon stres yang boleh meningkatkan penggumpulan lemak, dan membawa kepada rasa lapar. Inilah alasan mengapa orang yang kurang tidur mudah terasa lapar dan susah menurunkan berat badan.

2. Kerap bergerak dan bersenam.

Kebiasaan jarang bergerak atau kurang bersenam boleh menyebabkan metabolisme menjadi perlahan. Oleh itu, disarankan agar anda lebih kerap bersenam dan bergerak secara aktif agar metabolisme badan meningkat agar badan dapat membakar lebih banyak kalori.

3. Lakukan latihan berat badan.

Latihan kekuatan atau mengangkat beban adalah satu bentuk latihan yang baik untuk meningkatkan metabolisme badan. Latihan kekuatan dengan mengangkat berat bukan hanya membakar kalori, tetapi juga membantu membina tisu otot. Semakin banyak atau lebih besar otot, kadar metabolisme badan juga akan lebih tinggi.

4. Pengambilan minyak yang sihat.

Pengambilan makanan berminyak yang mengandungi banyak lemak tepu dan kolesterol boleh menyebabkan pengumpulan lemak di dalam badan, sehingga berat badan akan meningkat dan sukar untuk menurunkannya. Namun, itu tidak bermaksud anda tidak boleh mengambil makanan berlemak. Anda masih perlu mengambil lemak kerana lemak diperlukan oleh tubuh. Beberapa kajian juga mengatakan bahawa pengambilan makanan yang mengandungi lemak sihat dapat menahan rasa lapar lebih lama, sehingga dapat membantu menurunkan berat badan. Bukan hanya itu, pengambilan lemak sihat juga dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes.

5. Tingkatkan pengambilan protein.

Tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk memproses protein menjadi asid amino sehingga dapat diserap oleh badan. Inilah sebab mengapa pengambilan protein dapat meningkatkan metabolisme badan dan membakar lebih banyak kalori. Di samping itu, makanan yang tinggi protein juga membuat tubuh terasa kenyang lebih lama dan menahan selera makan, seterusnya dapat membantu mengekalkan berat badan anda.

6. Minum banyak air.

Salah satu cara untuk meningkatkan metabolisme badan adalah dengan minum air. Beberapa kajian menunjukkan bahawa minum air yang cukup, terutama air kosong, dapat membuat tubuh membakar lebih banyak kalori. Minum air sebelum makan juga akan menjadikan badan anda lebih cepat kenyang.

7. Kafein baik untuk tubuh.

Selain kopi, teh dan minuman malt coklat juga mengandungi kafein. Kafein dapat meningkatkan metabolisme sehingga 8 peratus. Para penyelidik di Jepun berpendapat bahawa kandungan kafein dalam secawan teh hijau mampu meningkatkan kadar metabolisme seseorang sehingga 12 peratus.

Sumber: iluminasi.com, alodokter.com, diarikurus.com

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram