Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Elakkan Tabiat Menggunakan Minyak Masak Berulang Kali

Elakkan Tabiat Menggunakan Minyak Masak Berulang Kali

Minyak masak adalah kegunaan harian oleh semua orang khusus untuk peniaga-peniaga yang kerap menggunakannya untuk menggoreng makanan. Penggunaan minyak masak yang berulang kali secara kerap boleh mengundang risiko yang besar bagi makanan tersebut. Setiap kali kita mengulangi penggunaannya, kualitinya menurun dan kemudaratan meningkat.

Kali ini kami kongsikan pengalaman daripada Dr Samhan tentang topik ini.

Melalui penceritaan beliau, minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis ataupun salur darah tersumbat, penyakit jantung, penyakit hati, penyakit alzheimer, parkinson dan barah. Hal ini terjadi, semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik yang disebut aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.

Jadi, makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut. Kebanyakan di antara kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakannya beberapa kali sebelum dibuang.

Cara yang terbaik adalah:

Minyak masak yang telah digunapakai maksimum penggunaanya adalah dua atau tiga kali sahaja. Jika minyak tersebut telah bertukar warna keperang-perangan menuju warna hitam, minyak masak berkenaan perlu dibuang segera. Bagaimana jika baru pakai sekali tetapi warna sudah bertukar gelap? Jawapannya, buang juga minyak tersebut dan ganti yang baru.

Jika minyak sudah bertukar warna, haruslah tukar dengan segera

Minyak sisa gorengan haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan, atau daging seelok-eloknya tidak digunakan semula dan terus dibuang kerana darah haiwan itu akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.

Cadangan lain, kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos. Gunalah minyak yang mendapat pengesahan daripada SIRIM sahaja untuk menjamin kesihatan sahaja.

Kesimpulannya, minyak masak yang digunapakai semula tidak layak digunakan balik untuk menggoreng tetapi boleh dijadikan bahan bakar ataupun anda boleh menjualnya dimana-mana syarikat kitar semula untuk memperoleh keuntungan.

Kredit : Dr Samhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram