Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Doktor Ini Menjawab Persoalan Mengapa Pesakit Covid-19 Ditidurkan?

Doktor Ini Menjawab Persoalan Mengapa Pesakit Covid-19 Ditidurkan?

Doktor bunuh pesakit covid dengan beri ‘ubat tidur’?

Ramai yang hentam doktor sebab ‘tidurkan’ pesakit kemudian pesakit meninggal dunia. Doktor jadi pembunuh! Untuk memahami isu ini, perlu faham tak semua pesakit covid doktor ‘tidurkan’. Hanya pesakit tahap 4 dan 5 sahaja kerana mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Bila kena covid ni, virus ni serang paru-paru. Paru-paru akan jadi radang dan kemungkinan jangkitan kuman sekali. Paru-paru tak dapat berfungsi dengan baik. Bayangkan kalian lemas dalam air. Begitulah keadaannya. Tarik nafas tapi oksigen tak masuk. Kalian akan panik. Tercungap-cungap. Pucat.

Bila tengok pernafasan begini dan kandungan oksigen semakin berkurangan dalam badan, doktor akan buat keputusan untuk beri bantuan pernafasan(intubate). Kalau tak beri bantuan pernafasan, bila-bila masa pesakit akan tak sedarkan diri dan meninggal dunia. Untuk beri bantuan pernafasan, doktor perlu masukkan tiub pernafasan dalam tekak.

Bayangkan kalian masukkan jari dalam tekak, mesti rasa nak termuntah kan?

Jadi dalam keadaan sedar tak boleh masukkan tiub pernafasan. Sebab kita ada ‘gag reflex’. Doktor kena beri ‘ubat tidur’ barulah boleh masukkan tiub pernafasan. Bila dah masuk tiub pernafasan, barulah oksigen masuk paru-paru dan disambungkan dengan mesin pernafasan. Sementara ‘ditidurkan’, doktor boleh beri rawatan untuk lawan virus dan bakteria. Jika keadaan paru-paru dah semakin sembuh, doktor akan cabut tiub pernafasan dan pesakit akan bernafas tanpa bantuan mesin pernafasan.

Jika keadaan paru-paru semakin teruk, kemungkinan pesakit akan menemui ajal. Sebab itulah, sebelum masukkan tiub pernafasan doktor minta pesakit mengucap 2 kalimah syahadah dan minta izin dari pesakit dan keluarga terlebih dahulu.Boleh tak kalau tak nak ‘tidurkan’? Boleh. Itu hak pesakit. Doktor ni cuma ikhtiar nak selamatkan nyawa pesakit. Doktor bukan suka-suka nak ‘tidurkan’ pesakit apatah lagi nak ‘bunuh’ pesakit.

Kredit: Dr Ahmad Samhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram