Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Cara Mudah Nak Padamkan Kata Laluan Dalam Google Chrome

Cara Mudah Nak Padamkan Kata Laluan Dalam Google Chrome

Google Chrome satu pelayar web keluaran Google yang menjadi enjin susun atur. Ia adalah platform yang kerap digunakan oleh pengguna windows dan Mac. Pernahkah terjadi kepada anda, memasuki mana-mana laman web secara tidak sengaja menyimpan log masuk tersebut.

Jika perkara ini berlaku, terutamanya bagi perkara yang melibatkan urusan perbankan dalam talian, anda mungkin ingin memadam semula log masuk tersebut.

Berikut merupakan langkah untuk memadamkan kata laluan yang telah tersimpan dalam Google Chrome.

Langkah pertama:
Anda perlu membuka Google Chrome dan tekan pada 3 titik pada bahagian atas kanan. Kemudian, tekan pada setting. Sila rujuh rajah dibawah jika anda kurang faham.

Langkah kedua:
Pada laman berkenaan, anda perlu tekan pada “Password”. Sila rujuk rajah dibawah.

Langkah Ketiga:
Anda akan lihat semua password yang pernah anda simpan dalam Google Chrome. Untuk melihatnya, anda perlu klik pada butang mata. Bagi ingin menghapuskannya, anda perlu tekan pada 3 titik dan pilih “remove”. Katalaluan tersebut akan terhapus.

Langkah keempat:
Kemudian, klik pada “clear browsing data”. Sila rujuk rajah dibawah.

Langkah kelima:
Klik pada butang “advance”. Kemudian set “time range” dan pilih “all time”. Kemudian “tick” pada kotak “passwords and other sign-in data”. Akhir sekali, tekan butang “clear data”. Selesai.

Mudahkan? Jadi, kongsikan kepada rakan anda agar mereka juga dapat ilmu yang sungguh bermanfaat ini.

Sumber: Wiser.my

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram