CARA-CARA MENGURANGKAN SAKIT TEKAK

1. Minum air secukupnya. Kekurangan air atau dehidrasi boleh menyebabkan tekak berasa kering, perit, dan menyebabkan kahak menjadi pekat. Itu boleh menggangu keselesaan.

2. Ambil sesudu kecil garam dan bancuh dengan segelas air suam untuk hasilkan air garam. Berkumur dengan air garam di tekak (gargle). Tidak cukup hanya berkumur di mulut seperti selepas berus gigi.

3. Makan aiskrim khususnya yang berperisa vanilla. Aiskrim yang sejuk dapat memberi kelegaan pada tekak perit. Sebatian vanillin dalam vanilla juga boleh membantu mengurangkan keradangan pada tekak.

4. Kesip lozenges. Ada banyak pilihan lozenges yang dijual di pasaran. Ada pelbagai perisa. Ada yang mempunyai bahan untuk beri rasa kebas(analgesia), ada yang berangin(menthol), dan sebagainya.

5. Berkumur dengan cecair cucian mulut seperti listerine, thymol dan difflam untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Kumuran juga perlu dibuat di tekak. Ia dibuat sebelum dan selepas makan.

6. Boleh makan ubat demam (paracetamol/panadol) atau ubat tahan sakit. Ia biasa digunakan jika sakit tekak amat teruk. Ubat ini mengurangkan keradangan pada tekak.

7. Jumpa doktor. Kebanyakan sakit tekak berpunca dari jangkitan virus, tetapi boleh juga disebabkan oleh bakteria. Jika doktor dapati ia disebabkan bakteria, doktor akan beri antibiotik.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram