Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Buah-Buahan Yang Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan.

Buah-Buahan Yang Terbaik Untuk Menurunkan Berat Badan.

Malaysia sememangnya kaya dengan buah-buahan. Apa yang ada di Malaysia, belum tentu ada di negara lain. Antara buah-buahan tempatan yang popular adalah seperti durian, cempedak, manggis, tembikai, mangga dan banyak lagi.

Khasiat pada buah-buahan memang banyak. Antaranya ialah memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Pada piramid makanan, buah-buahan diletakkan bersama sayur-sayuran pada aras dua. Pengambilan buah-buahan yang mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik. Tambahan pula, ia dapat melawaskan sistem pencernaan tubuh manusia.

Sememangnya, berat badan yang normal adalah impian semua orang. Mereka yang ingin diet, selalunya mengamalkan makanan yang sihat. Antaranya mengamalkan buah-buahan sebagai menu utama dalam makanan harian mereka. Ada beberapa buah-buahan yang khusus boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

Epal – Membantu utk tingkat metabolism badan. Apabila metabolisme badan kita tinggi, keinginan untuk kita makan adalah kurang.

Avocado – Mempunyai lemak yg sihat yg mengandungi protein, zat besi, vitamin A, vitamin D. Avokado juga membantu untuk meningkatkan metabolism badan dan jugak meningkatkan pengeluaran testosteron yg membantu dlm menghilangkan lemak.

Tembikai – Membantu untuk mengurangkan pengekalan cecair, sembelit dan menggalakkan penurunan berat badan. Tembikai mengandungi kandungan air yang banyak yang membuat kita kenyang dan rendah tahap kalori.

Lemon – Lemon kaya dengan vitamin C dan asid sitrik dan juga kaya dgn serat yg membantu mengurangkan sembelit, masalah pencernaan dan obesiti.

Betik – Menggalakkan sistem penghadaman dan mencegah ulser perut. Kaya dengan vitamin A dan C. Ia juga dapat menghapuskan penyimpanan gula dlm badan.

Oren – Kaya dengan Vitamin C yang merupakan bahan utama dalam penghasilan kolagen dan mempunyai protein yang mengekalkan kulit kelihatan segar untuk mencegah kedutan dan penuaan.

Pear – Kaya dengan kandungan serat yang tinggi untuk mengelakkan sembelit dan menjaga selera makan anda. Ia juga memastikan sistem pencernaan berfungsi secara optimum dan menggalakkan penghadaman dgn lebih baik.

Kredit : Info dan Tips Kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram