Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Biodata Lee Zii Jia Yang Anda Perlu Tahu.

Biodata Lee Zii Jia Yang Anda Perlu Tahu.

Satu pencapaian yang membanggakan oleh jaguh perseorangan lelaki negara iaitu Lee Zii Jia yang telah memenangi Kejohanan Badminton All England 2021 malam tadi. Beliau telah mengalahkan jaguh perseorangan dari Denmark, Victor Axelsen dalam perlawanan sengit sehingga ke set yang ketiga. Apa yang dibanggakan, beliau adalah satu-satunya wakil dari Malaysia yang layak ke peringkat akhir dan memenangi perlawanan itu.

Siapakah Lee Zii Jia?

Apa yang kita lihat, Lee Zii Jia merupakan pemain muda yang meningkat naik telah menggantikan Datuk Lee Chong Wei dari kancah badminton negara. Beliau merupakan pemain berasal dari Alor Setar, Kedah dan bermain dalam kategori perseorangan lelaki. Kini, Lee Zii Jia telah memegang ranking 10 terbaik dunia dan telah mencipta nama di pentas antarabangsa. Jom terjah biografi Lee Zii Jia!

Biodata ringkas Lee Zii Jia

Nama Penuh: Lee Zii Jia
Nama Popular: Lee Zii Jia
Tarikh Lahir: 29 Mac 1998
Umur: 22 Tahun (2021)
Tempat Lahir: Alor Setar, Kedah
Ketinggian : 1.85 m
Sukan : Badminton

Kisah Hidup Lee Zii Jia

Lee Zii Jia ialah anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa. Beliau mula berminat bermain badminton sejak awal berumur 5 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada pencapaian cemerlang dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambungkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri BAM (Persatuan Badminton Malaysia).

Pada November 2016, Lee Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkar separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir di Siri Antarabangsa India.

Gambar: BAM

Pada Februari 2017, Lee Zii Jia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Master dan akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen dari Thailand. Pada September 2017, beliau berjaya menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Polish International. Seterusnya, Lee Zii Jia juga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburge

Pada Oktober 2018, Zii Jia berjaya mara peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka Cina Taipei 2018 selepas memenangi lawannya iaitu ranking dunia no. 4, Chou Tien-chen di separuh akhir. Beliau menang menentang Riichi Takeshita di peringkat akhir dan berjaya menjadi juara.

Pada Ogos 2019, beliau sekali lagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2019, namun tewas kepada Chou Tien-chen. Zii Jia seterusnya layakkan diri untuk menyertai Kejohanan Dunia BWF 2019 di Basel, Switzerland, tetapi tewas ranking pertama dunia Kento Momota dari Jepun di peringkat suku akhir. Pencapaian beliau meningkatkan rangking dunia BWF Zii Jia mencatat no.11 pada 12 November 2019. Pada bulan Disember, beliau berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki badminton di temasya Sukan Asia Tenggara 2019, dan juga memungut pingat perak acara lelaki berpasukan.

Pada awal 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton terbuka Malaysia. Pada bulan Februari, beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan. Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Kemudian pada bulan Mac, oleh sebab tercetusnya pandemik COVID-19 di Eropah, Terbuka Jerman dibatalkan. Kejohanan Lee seterusnya adalah All England Open, yang juga menjadi aksi pertamanya di kejohanan ini kerana kedudukannya sebelum ini terlalu rendah untuk melayakkan diri. Beliau berjaya menewaskan Jonatan Christie, yang pernah menang dalam empat perlawanan sebelumnya serta Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long. Pada peringkat separuh akhir, Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor. Perlawanan berlangsung selama 73 minit. Pencapaian beliau telah meningkatkan kedudukan dunia BWF ke tangga ke-10 pada 17 Mac 2020.

Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England 2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29, 20-22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.

Kredit: Wikipedia, Badminton Association of Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram