Billionaire Termuda Di Dunia Datang Dari Tempat Yang 89% Gaji Penduduknya Adalah $10 Sehari


Di sebuah tempat yang diberi nama Rayagada tinggal seorang pemuda berumur 18 tahun bernama Ritesh Agrawal. Beliau sangat susah sehingga wang di dalam akaun bank hanya tinggal $0.50.

Ritesh tidak pernah ke University dan tidak ada Career. Di sebabkan tidak mempunyai apa-apa, beliau tidak mampu lagi nak bayar sewa Apartment. 

Ketika itulah beliau diusir keluar dengan berbekalkan $0.50 di dalam akaun bank. 

Apabila ditanya “Jadi, Bagaimana anda boleh jadi Billionaire?” 

Ritesh menjawab “Saya tidak pernah fikir tentang duit. Apa yang selalu saya fikir adalah bagaimana nak selesaikan masalah diri saya dan orang lain.”

“Satu hari saya berjalan dan ternampak sebuah hotel yang banyak bilik kosong. Tak laku” 

Owner hotel yang tak banyak kerja sangat sebab hotel tak laku itu(haha) keluar berbual dengan Ritesh. 

Dia mengadu pada Ritesh yang dia dah cuba pelbagai cara, namun hotel dia masih tak memberi keuntungan.

Ritesh yang dalam keadaan terdesak ketika itu mengambil risiko yang paling besar dalam hidup beliau. Dia berjanji pada Owner hotel tersebut yang dia akan buat Hotel nya lebih baik dari sekarang. 

Owner Hotel bersetuju dengan amaun bayaran yang minimal. 

Ritesh menggunakan duit yang diberi oleh owner hotel dengan menggantikan lampu di bilik hotel.

Tukar cadar pada katil. Letak frame gambar dan letak Mineral Water. 

Beliau juga tambah telefon pada setiap bilik dan wujudkan room service. 

Kemudian, Ritesh mengambil gambar bilik tersebut dan post di internet. Ritesh juga menukar nama hotel tersebut kepada OYO Hotel. 

“Hotel yang pertama adalah yang paling sukar” 

Tapi hanya dalam masa beberapa hari, OYO Hotel sudah mula penuh. Orang mula bercakap-cakap tentang Hotel “baru” ini. 

“Bila saya dah berjaya merubah sebuah hotel, saya yakin saya boleh ubah ratusan hotel lain” 

Pada Umur 20 tahun, Ritesh berjaya mendapat dana dari Investor. Investor yang sangat membantu Ritesh berjaya mendapatkan 500 Hotel lagi. 

Di Umur 24 Tahun, beliau berjaya mengumpul dana sebanyak $ 1 Billion US Dollar. 

Dan sekarang pada umur 26 Tahun, OYO Hotel merupakan jaringan Hotel No.2 terbesar didunia dengan 43,000 Hotels. 

Gempak kan? 

Ritesh bermula dari bawah dengan berbekalkan $0.50.

Ritesh berjaya buktikan pada dunia bahawa selagi ada masalah, selagi itu ada peluang. 

Pegang impian kuat-kuat. 

Sumber Facebook : Syed Gaddafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram