Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Betul ke Ivermectin Ini Penawar Covid-19? Ikuti Penjelasan Doktor Ini.

Betul ke Ivermectin Ini Penawar Covid-19? Ikuti Penjelasan Doktor Ini.

Doktor, betul ke Ivermectin ni penawar covid-19?

Ivermectin ni ubat yang diberikan kepada binatang untuk bunuh cacing(parasit) dalam tubuh badan mereka.

Setakat ini ia tidak dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO), CDC Amerika Syarikat, MHRA United Kingdom, Australian Ministry of Health dan Pan American Health Organisation(PAHO).

Ini semua badan-badan regulatori vaksin dan ubat-ubatan. Maknanya, ini adalah pendirian agensi-agensi regulatori negara dan dunia yang tidak membenarkan penggunaan Ivermectin sebagai pencegahan mahupun rawatan covid-19.

Habis tu, kan ada doktor di Amerika yang kata Ivermectin boleh rawat covid?

CDC Amerika Syarikat telah tengok kajian dia dan buat rumusan bahawa kajiannya tak mencukupi data untuk membenarkan Ivermectin sebagai pencegahan ataupun rawatan covid-19. Eh doktor, India pakai Ivermectin. Kes mereka turun. Kalau tengok kajian di India, kes covid dah menurun sebelum Ivermectin dibenarkan. Sekarang ni pun, India dah MEMBERHENTIKAN penggunaan Ivermectin.

Negara-negara yang banyak guna Ivermectin seperti Amerika Selatan dan Peru macam mana pula doktor?

Ok baik. Peru dah guna Ivermectin sejak bulan 5 tahun lepas. Tetapi gelombang covid berterusan. Kes covid langsung tak menurun. Bulan Mac tahun ini, Peru MEMBERHENTIKAN penggunaan Ivermectin.

Sebelum ini ubat Hydroxychloroquine(ubat anti malaria) dikatakan dapat rawat covid. Lepas tu daun semambu kemudian daun ketum, bunga cengkih dan sekarang Ivermectin.

Ramai yang risau kesan sampingan vaksin tapi tahu tahu tak kesan sampingan Ivermectin?

Badan akan rasa lemah, muntah-muntah, sakit dada, tangan kaki menggeletar, sakit-sakit sendi, bengkak mata, bengkak kaki dan tangan. Ini semua kesan sampingan Ivermectin. Tak takut ke?

Risau saya bila ada yang mula makan Ivermectin. Buat masa sekarang penggunaan Ivermectin hanya dalam ujian klinikal, dimana pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor pakar dan penyelidik yang berpengalaman untuk menjamin keselamatan dan keberkesanannya. Nasihat saya, jangan terlalu mudah percayakan info-info yang tidak tahu dari mana puncanya. Jangan ambil Ivermectin untuk mencegah dan merawat covid-19.

Sumber: Doktor Ahmad Samhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram