Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Bekas Pekerja Kilang Automotif Ini Dedah Apa Yang Tun Dr. M Sedang Buat Untuk Negara

Bekas Pekerja Kilang Automotif Ini Dedah Apa Yang Tun Dr. M Sedang Buat Untuk Negara


Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4 pada tahun 1981. Selepas beliau naik ke kerusi nombor 1 itu, beliau terus adakan Pilihanraya Umum ke-6 yang mana mencapai kemenangan sebanyak 85.7% dari jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Beliau kemudiannya mengatur langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Industri dan perlu meninggalkan bentuk asas agriculture dan komoditi. Pada tahun 1984, beliau membuat Industrial Masterplan (IMP) yang mana menubuhkan HICOM (Automotif) dan PERWAJA (Steel) dan terus menerus dengan langkah ‘look east policy’.

Dalam tahun yang sama, Tun mengorak satu lagi langkah besar yang membawa kepada era pembangunan industry secara total ke dalam negara iaitu National Automotive Policy yang melahirkan Proton sebagai kereta nasional. Jika kalian nak tahu, ‘idea gila’ Tun ini berjaya direalisasikan dalam tempoh 18 bulan sahaja dari pecah tanah, bina kilang hinggalah keluar kereta di Shah Alam.

Semasa Tun menjadi Menteri MITI, beliau banyak menjelajah ke negara-negara luar dan belajar bagaimana untuk membangunkan negara melalui industrialization. Dan beliau yakin, mengeluarkan kereta akan dapat membantu negara sendiri menjana ekonomi dan menaikkan nama negara dalam masa yang sama.

Strategi Tun mencambahkan hasil apabila Polisi Pandang Ke Timur membuka pintu ramainya teknologis dari Jepun hadir ke dalam negara dan menjadi pelopor membantu para usahawan dalam negara membuka dan membangunkan kilang masing-masing.

Pada waktu ini, harga minyak sekitar 3-5USD/barrel. Oleh itu, mengeluarkan kenderaan nasional akan menjadikan Malaysia dipenuhi dengan kereta buatan sendiri di jalan raya.

Kebanggaan Malaysia ini (Proton Saga) menjadi hadiah kepada kesemua Sultan-Sultan serta kesemua menteri cabinet yang ada.

Matlamat NAP untuk ‘transfer technology’ dan kemudiannya menstruktur dan menambahkan local content di dalam Proton disambut baik. Bayangkanlah semasa Proton Saga keluar dari Kilang Shah Alam pada Julai 1985, ianya hanya diperbuat dari 30% local content sahaja. Kau faham ke dak apa maksud local content? Haha, ianya adalah part-part dalam kereta yang diperbuat dari dalam negara.

Manakala pada tahun 1989, Proton Iswara dikeluarkan lalu membawa kepada eksport ke United Kingdom, Proton sudah membangunkan lebih 65% local content.

Dan pada 1990-1997, apabila Proton Wira menjengah pasaran, Proton sudah pun membangunkan lebih 80% local content dan menjadikan kereta selepas itu adalah kereta buatan Malaysia sepenuhnya.

Kita semua hanya boleh cakap “ala Proton,” begitu begini. Namun jasa Tun dalam membangunkan negara melalui pembuatan kereta ini perlu dihargai.

Negara kita melalui fasa pertanian dan komoditi sekian lama, dan Tun menaiki kerusi pemerintahan negara dengan mendahului peranannya untuk menjadikan anak-anak dalam negara ini untuk mendapat pekerjaan, menaikkan ekonomi serta dalam masa yang sama, Tun sudah pun melangkaui batas masa negara lain dalam bab-bab menjana membawa teknologi ke dalam negara.

Kita berbangga dengan German kerana mereka sangat banyak mengeluarkan kereta. Dan hasil daripada itu, kereta keluarannya kita guna dan pakai dengan megah di jalanraya. Sedangkan disebalik semua itu, kereta-kereta itu diperbuat dengan tujuan yang sama iaitu membangunkan negara.

Pada tahun 1990, Proton telah memperkenalkan langkah ‘matchmaker’ kepada semua vendor yang membuat kereta Proton kepada para teknologis dari Jepun untuk membangunkan kilang-kilang mereka. 

Hasilnya pada hari ini, dari 32 vendor yang dipertemukan, salah satunya Ingress Corporation Berhad yang memulakan langkah menjadi kilang pertama untuk roll forming, sash, dan moulding untuk Proton pada 1992, menjadi mega vendor yang pertama membuka kilang di Thailand Automotif Park, Rayong kemudiannya membuka lagi di Indonesia dan India.

Kesemua kilang-kilang vendor dan pemasangan di luar Proton ini adalah hasil dari industrialization yang dibangunkan oleh Tun.

Hari ini, lebih 120,000 orang bekerja di sector automotif di dalam negara. Walau Perusahaan Nasional Ke-2 juga pada suatu masa dulu mendapat bantahan, namun Perodua menjadi saksi yang mana kereta itu menarik minat pembeli dalam negara.

Tun antara yang berfikir perkara ini pada tahun 1981 lagi. Kemudian menjayakannya melalui NAP pada tahun 1984.

Kawan-kawan,

Hari ini, selepas lebih 35 tahun, Turki yang dahulunya hanya membina bas dan jentera mahu melaksanakan polisi kereta nasional dan membawa kenderaan itu menjadi pemangkin kepada ekonomi negara mereka sendiri.

Ia diikuti oleh Indonesia, Vietnam, Morocco serta Eutophia yang mana semua ini sanggup untuk mengadap Tun, bersemuka dan bertanya bagaimana beliau boleh laksanakan semua itu demi rakyat, demi masyarakat, demi ekonomi dan membawa kepada ramainya anak muda sukakan teknologi, suka kepada pembelajaran dan pembangunan insan bermula dari 30 tahun lalu. 

Iya, Tun duk buat dari 30 tahun lalu! Dan mereka ini baru nak mula, demi negara, ia masih belum terlambat. 

Membina sebuah kereta mungkin tidak nampak susahnya. Namun ramai kakitangan Proton yang pada awalnya bekerja bersama Tun pada tahun 1984-1985 demi menjayakan sebuah Kereta Proton Saga, mereka memulakannya dengan membuat plan dari sebuah lantai, kemudiannya dibawa kepada pemasangan manual dan akhirnya hari ini menjadi kilang automotif terbesar di dalam negara.

Turki dikatakan mempunyai bajet sekitar USD 4 Billion untuk membuka kilang pertama kereta nasional mereka yang pertama, dan dikatakan juga, Vietnam akan membuka kilang dibawah kawalan kerajaan dan bekerjasama dengan VinGroup, sebuah syarikat property.

Kawan-kawan,

Maksud industrialisasi yang Tun bawakan itu adalah sebuah makna yang sangat besar kepada negara. Iya, hari ini ramainya anak-anak muda sibuk nak berniaga. Namun, disebalik semua itu, pada tahun 1984, sehingga hari ini, ia adalah jasa seorang tua yang sudah kembali menjadi Perdana Menteri.

Apa yang Tun buat pada 30 tahun lalu adalah sebuah jasa yang tak boleh kita pertikai. Sama ada kita di kem mana pun, itulah bukti kepada perlaksanaan memberi keuntungan untuk rakyat dari sudut pekerjaan, memberi fasiliti jalan raya, lalu memberi dasar cukai serta membangunkan ramainya peniaga, usahawan serta mereka yang minat dengan teknologi untuk menyertai misi besar negara.

Hari ini, Tun berusaha menjadikan negara sebagai negara industry kembali. Hanya untuk menaikkan ekonomi, memberi kembali peluang pekerjaan dan memulangkan kembali nikmat-nikmat yang pernah kita kecapi suatu masa lalu.

Kita tidak pernah nampak bagaimana industry ini wujud kerana ia sudah pun berlarutan bertahun-tahun. Di sebalik penuhnya kilang di seluruh negara termasuk di Shah Alam, Tanjung Malim, Bangi, Nilai, Bukit Beruntung serta di Gurun sana, ia semuanya adalah hasil dari NAP yang pernah dibuat 35 tahun lalu.

Dan ianya dibina oleh seorang yang bernama Dr. Mahathir Mohamad. Terima kasih Tun kerana memberi saya peluang pekerjaan selama 10 tahun 2 bulan dalam sector ini. Dan saya tak pernah menyesal berada di dalamnya, malah berbangga menjadi salah seorang yang membantu negara.

Yang membina, bekerja, menjual, memakai, saya yakin semua saling bangga. Begitulah.

Kredit : Khairul Hakimin Muhammad

phentermine high reddit, weight loss workout program for beginners, demi lovato eating disorder, nutribullet shakes for weight loss, elliptical workouts for weight loss, why do you lose so much weight doing a green smoothe detoc, juicing diet for weight loss, best diet plan for male weight loss, infinity diet pills for sale, what diet pills have ephedra in it, diet fruit salad, s4 diet pills side effects, homemade enemas weight loss, learning to jog to lose weight, weight loss plan 1 month, good keto lunch recipes, jennifer ito md, jelly roll weight loss, best weight loss pills 2018 for women, extreme weight loss mitzi, dosage of topamax for weight loss, intense diet plan to lose weight, keto chicken breast dinner recipes, does growth hormones shot help with weight loss, instant pot chicken recipes healthy keto, phenphedrine side effects, dry sauna benefits weight loss, best rachel ray dog food for weight loss, weight loss recipes for picky eaters, weight loss rachael ray, robert ferguson weight loss plan, will grapefruit make you lose weight, substitute for oat fiber for keto waffle recipes, weight loss shakes review australia,

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram