Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Bahaya Suntikan Vaksin-19 Kepada Warga Emas Berpenyakit? Ini Jawapan Kalian Perlu Tahu.

Bahaya Suntikan Vaksin-19 Kepada Warga Emas Berpenyakit? Ini Jawapan Kalian Perlu Tahu.

Ketika ini negara rakyat Malaysia dalam proses menerima vaksin covid-19 kepada meraka yang layak menerimanya. Namun begitu, isu vaksin covid-19 ini juga menjadi perbualan hangat dikalangan warga net yang rata-ratanya melontar pendapat masing-masing berkaitan isu berkenaan, ada yang sangat menyokong dan ada juga yang menentang.

Timbul juga beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat Malaysia tentang isu vaksin covid-19 ini. Disini kami kongsikan 9 soalan lazim tentang vaksin covid-19 kalian patut tahu:

1. Apa matlamat vaksinasi?

  • Matlamatnya adalah untuk memutuskan rantaian wabak penyakit. Kedua, adalah untuk melindungi kita semua daripada terus dicengkam wabak dan ketiga untuk mengembalikan semula ekonomi negara serta kehidupan normal seluruh rakyat. Sasaran suntikan vaksin adalah 26.5 juta orang atau 80 peratus populasi negara untuk membentuk herd immunity.

2. Bagaimana sebenarnya vaksin ini berfungsi? Adakah ia dapat membendung wabak Covid-19 atau kita masih terbuka kepada jangkitan?

  • Fungsi vaksin Covid-19 ini adalah untuk melindungi diri kita daripada dijangkiti virus itu. Apabila vaksin ini telah membina antibodi badan kita (sistem pertahanan badan terbentuk). Badan kita akan terlindung daripada dijangkiti wabak itu. Akhirnya jika ramai manusia yang tidak dijangkiti, rantaian jangkitan akan putus dan seterusnya kita semua bebas dari wabak. Sejarah telah pun terbukti hasil daripada program vaksinasi yang diberikan dalam dunia seperti pemberian vaksin Cacar dan Polio dan seperti Malaysia sendiri, dua penyakit itu sudah lama pupus sejak sekian lama.

3. Adakah vaksin ini mempunyai kesan sampingan? Dan adakah ia berbeza-beza kepada setiap individu?

  • Tidak dinafikan setiap bahan itu mempunyai kesan sampingan. Hatta makanan yang kita makan sekali pun mempunyai kesan sampingan. Sebagai contohnya adalah makanan laut, setengah daripada kita elergi dengan makanan laut. Begitu juga vaksin Covid-19 ini mempunyai kesan sampingan. Tetapi hasil daripada sains perubatan dan kajian yang dilakukan secara klinikal mendapati bahawa kesan sampingan daripada vaksin ini adalah minima seperti sakit di tempat cucuk, ruam di tempat cucuk, demam sedikit, pening kepala dan sebagainya. Ia adalah bersifat sementara dan akan sembuh selepas itu. Manfaat paling utama adalah individu yang diberikan vaksin itu mendapat perlindungan daripada dijangkiti oleh Covid-19 yang jauh lebih bahaya.

4. Siapakah golongan yang tidak sesuai menerima suntikan vaksin ini?

  • Golongan yang tidak sesuai mengambil vaksin Covid-19 adalah yang mempunyai sejarah anafilaksis atau alahan teruk. Bagi ibu mengandung dan ibu yang menyusukan bayi, perlu mendapat penilaian rekod dan penilaian risiko terlebih dahulu daripada pegawai perubatan di Klinik Kesihatan atau hospital.

5. Bagaimanapun pula mereka yang berisiko seperti warga tua, penghidap penyakit (diabetes, jantung, darah tinggi dan sebagainya), adakah sesuai menerima vaksin ini?

  • Golongan yang berisiko seperti kencing manis, darah tinggi dan mempunyai penyakit kronik adalah digalakkan untuk mengambil vaksin ini. Mereka akan dijadualkan pemberian vaksin di dalam fasa yang kedua nanti.

6. Berapa fasa suntikan vaksin?

  • Fasa 1 (Feb-April): Diberikan kepada barisan hadapan seperti petugas kesihatan, polis tentera, Rela, bomba dan individu yang terlibat di barisan hadapan.
  • Fasa 2 (April-Ogos): Adalah golongan yang berisiko seperti orang yang berumur 60 tahun dan ke atas dan juga mempunyai penyakit-penyakit kronik.
  • Fasa 3 (Mei-Feb 2022): Adalah bagi individu awam yang berumur 18 tahun ke atas.

7. Adakah masyarakat perlu mendaftar untuk mendapatkan vaksin ini?

  • Kerajaan akan menggunakan sepenuhnya teknologi terkini termasuk aplikasi MySejahtera yang sudah mencapai 27 juta pengguna.

8. Apakah kepentingan vaksin ini yang sepatutnya masyarakat faham?

  • Vaksin adalah salah satu bentuk ikhtiar yang dibuktikan melalui sains perubatan. Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan, vaksin dibina untuk mencegah sesuatu penyakit.Inilah ikhtiar dan kaedah penting bagi mengekang penularan wabak Covid-19 daripada terus mencengkam dunia dan negara kita sekaligus mengembalikan rutin kehidupan seperti sediakala.

9. Berapa lama vaksin ini dapat melindungi dan bertahan kepada manusia?

  • Masih belum diketahui sepenuhnya.Tetapi beberapa jangkaan daripada pakar yang terlibat dalam vaksin menjangkakan bahawa antibodi akan boleh bertahan dua hingga tiga tahun.

Kredit: Doktor Ahmad Samhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram