Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Bagaimana jenazah penyakit berjangkit diuruskan?

Bagaimana jenazah penyakit berjangkit diuruskan?

Berdasarkan Garis Panduan Penyakit Berjangkit Berpotensi Edisi 1, KKM 2004, penyakit berjangkit berisiko tinggi adalah sebarang penyakit yang diklasifikasikan didalam kategori penyakit berjangkit Risiko 3 dan Risiko 4.

Risiko 3 – Antaranya terdiri daripada penyakit seperti Tuberkulosis, HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C (virus). Penyakit ini disebabkan oleh mikroorganisma yang boleh memberi kesan jangkitan teruk terhadap individu dan berpotensi pula untuk disebarkan didalam komuniti.

Risiko 4 – Penyakit berjangkit yang menyebabkan kesan jangkitan yang sangat teruk dan tiada langkah rawatan yang berkesan untuk menanganinya. Penyakit ini mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk disebarkan di dalam sesebuah komuniti dalam skala yang besar.

Jenazah berkemungkinan boleh mengancam kesihatan pengendali jenazah sekiranya cecair badannya memasuki badan pengendali jenazah. Jadi langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya perlu diambil bagi menghalang diri mereka dijangkiti.

Pengurusan jenazah adalah menjadi tanggungjawab serta kewajipan ke atas orang-orang yang hidup. Bagi pengurusan jenazah orang Islam adalah fardhu kifayah dengan menyelenggarakan empat perkara berikut iaitu :

1. Memandikan
2. Mengkafankan
3. Menyembahyangkan
4. Mengkebumikan

Mandi
1. Pengendali jenazah perlu melindungi diri dengan memakai:
* Apron plastik
* 2 lapisan sarung tangan getah
* Pelindung mulut dan hidung(mask)
* Kasut but getah

2. Bancuhan NaCIO dengan larutan 1 : 10 disediakan di dalam 3 buah baldi dan 1 buah besen.

* Bancuhan Sodium Hypoclorite – NaCIO : 1 botol NaCIO dengan ukuran 1 liter dibancuh dengan 9 liter air biasa untuk menjadikan larutan NaCIO dengan 1 : 10 (1 bahagian NaCIO dibancuh dengan 9 bahagian air)

3. Kapas yang belum digunakan direndam dalam besen berisi larutan NaCIO (1 : 10).

4. Pakaian jenazah ditanggal dan direndam dalam baldi bancuhan NaCIO (1 : 10) selama sekurang- kurangnya 30 minit.

5. Jenazah diletakkan ke dalam tempat khas takungan mayat. Sekiranya tiada terdapat tempat khas, mayat diletakkan ke atas alas plastik tebal yang telah direndam dengan larutan NaCIO 1 : 10.

6. Rongga mulut, telinga, hidung, serta faraj dibersih dan disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan NaCIO dengan menggunakan peralatan iaitu forcep yang telah disediakan (langkah ini perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya terdapat darah atau cecair yang sentiasa terkeluar dari rongga-rongga tersebut setiap kali jenazah dialih posisinya untuk dimandikan).

7. Jenazah kemudian dicuci dan dimandikan dengan larutan NaCIO 1 : 10.

8. Semasa memandikan jenazah dengan air larutan NaCIO bersihkan dubur dengan kapas yang telah direndam dengan larutan NaCIO (1 : 10) dan dubur kemudian disumbat dengan kapas yang telah direndam dengan larutan NaCIO.

9. Jenazah kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih menurut ajaran agama Islam.

10. Sekiranya rongga-rongga seperti mulut, telinga, hidung atau faraj ingin dibersihkan semula ianya boleh dilakukan dengan kapas yang telah direndam dengan larutan NaCIO menggunakan forcep dan rongga-rongga tersebut kemudiannya disumbat dengan kapas yang direndam dengan larutan NaCIO.

11. Jenazah kemudiannya boleh disiram dengan air daun bidara, air kapur barus atau air kayu cendana.

12. Jenazah dibilas dengan air larutan NaCIO (1:100 pada bilasan terakhir).

Kafan

1. Plastik tebal dialaskan ditempatkan mengkafankan jenazah supaya cecair, bendalir atau darah terkumpul tanpa mencemarkan kawasan persekitaran bagi mencegah jangkitan kepada orang lain.

2. Kain kafan dibalut sebagai lapisan pertama. Ia tidak perlu direndam dengan larut NaCIO 1:10 sekiranya tidak terdapat cecair, bendalir atau darah yang terkeluar dari jenazah atau tidak terdapat luka kudis di permukaan tubuh jenazah.

3. Bagi jenazah yang mengeluarkan cecair, bendalir, darah atau terdapat luka/kudis pada permukan tubuh, jenazah perlu dimasukkan ke dalam beg plastic (body bag) atau dibalut dengan plastik yang telah digunakan untuk mengalas tempat mengkafankan jenazah. Jenazah tidak perlu dibalut dengan plastic atau dimasukkan ke dalam beg plastik sekiranya tiada tumpahan cecair, bendalir, darah ata tiada luka/kudis di permukaan tubuh jenazah tetapi tiada halangan sekiranya lapisan plastik dibalutkan.

4. Seterusnya jenazah dikafankan dengan menggunakan dua lapisan kain kafan sebagai lapisan terakhir. Perhatian lapisan terakhir merupakan kain kafan dan bukannya lapisan plastik.

Sembahyang
Disembahyangkan seperti orang islam yang lain atau solat jenazah ghaib.

Pengebumian
Kehadiran orang ramai tidak digalakkan dan sebaiknya diuruskan oleh pihak hospital untuk mengurangkan pendedahan jangkitan.

Kredit: Dr Ahmad Samhan

a typical weight loss pattern chegg, how to say pound in spanish, where lose weight first men, best way to lose weight womens health, weight loss surgery in montgomery al, bitter melon pills weight loss, pain pills that start with c, keto friendly slow cooker soup recipes, free weight loss pills no credit card required 2017, how to lose a lot of weight in one week, 3 day juice cleanse to lose weight, weight loss clinics in biloxi mississippi, weight loss surgery edinburgh, fast slim 60, how did the cast on biggest loser lose so much weight, parathyroidectomy weight loss, gel for weight loss, if i eat 1200 calories and day and burn 1000 how much weight will i lose, does apple cider vinegar help you lose weight reviews, can swimming laps help lose weight or inches, how to be very fast, john lackey weight loss, fitteam weight loss, keto spice recipes, 6 weeks postpartum weight loss, what to eat outside to lose weight chinese food, bread diet weight loss, how much weight do anorexics lose in a month, how to lose weight around the private srea, keto advanced ultra weight loss pills walmart,

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram