Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Bagaimana Demam Campak Dijangkiti?

Bagaimana Demam Campak Dijangkiti?

Bagaimana Demam Campak boleh dijangkiti? Ikuti perkongsian menarik dari Dr Ahmad Samhan ini. Demam Campak adalah demam ruam yang disebabkan jangkitan virus Measles. Ia adalah salah satu penyakit yang sangat mudah berjangkit. Di kenali juga sebagai Rubeola.

Cara virus ini disebarkan adalah melalui titisan air yang terhasil daripada saluran pernafasan. Ia boleh keluar daripada saluran pernafasan pesakit apabila dia batuk, bersin, hingus yang dihasilkan dan melalui percakapan.

Lebih teruk lagi, virus ini boleh tahan selama 2 jam diluar badan pesakit. Ini menyebabkan setiap individu yang telah pergi ke kawasan ataupun bilik yang pernah dilawati oleh pesakit mempunyai risiko untuk dijangkiti penyakit demam campak ini. Virus ini pada mulanya akan memasuki saluran pernafasan. Ia akan masuk ke dalam sel di dalam dinding saluran pernafasan dan membiak di situ terlebih dahulu sebelum ia merebak ke bahagian badan yang lain. Virus ini akan menyebabkan sistem imun badan pesakit menjadi lemah.

Berikut adalah beberapa gejala demam campak yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan. Ia mengambil masa dalam 7-14 hari untuk seseorang itu menunjukan simptom apabila terdedah dengan virus tersebut.

– Demam yang teruk(Suhu pesakit selalunya melebih 38.5 darjah celcius)

– Batuk dan selsema

– Kelopak mati kemerahan(Conjunctivitis)

– Kurangnya selera makan dan rasa letih

– Pesakit selalunya akan mempunyai dua jenis ruam iaitu ruam dalam mulut(Koplik spot) dan juga ruam pada kulit

– Koplik spot berwarna biru kelabu dibahagian tengah dan dikelilingi warna merah. Selalunya ia muncul terlebih dahulu sebelum munculnya ruam di kulit.

– Ruam kulit selalunya akan timbul pada hari ke-3 demam. Ia akan bermula daripada bahagian kepala dan turun ke bawah. Ruam ini tidak menghasilkan apa-apa air seperti cacar air.

Apabila kita atau pun ahli keluarga kita yang terkena simtom demam campak apakah yang perlu dilakukan? Demam campak tidak mempunyai rawatan yang spesifik ataupun ubat yang boleh digunakan untuk membunuh virus tersebut seperti antibiotik. Selalunya badan sendiri akan membina imuniti untuk melawan jangkitan measles ini.

Terdapat beberapa rawatan sokongan yang boleh diberikan kepada pesakit. Ia adalah:

1. Ubat DemamPesakit boleh mengambil ubat demam ketika suhu meningkat. Ia membolehkan pesakit merasa lebih selesa dan memperbaiki selera makan ketika sedang sakit

2. Pengambilan air: Pesakit perlu mengambil air dengan kuantiti yang lebih banyak. Kerana demam yang tinggi boleh menyebabkan pesakit kekeringan(dehidrasi).

3. Antibiotik Jika pesakit mengalami komplikasi seperti jangkitan paru-paru ataupun jangkitan telinga, ubat antibiotik boleh diberikan untuk melawan jangkitan bakteria tersebut.

Kredit : Dr Ahmad Samhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram