Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Badan Berpeluh Bau Busuk? Apakah Punca-Puncanya?

Badan Berpeluh Bau Busuk? Apakah Punca-Puncanya?

Anda mungkin pernah mengalami situasi bau badan yang melampau sehingga rakan anda disebelah tidak tahan dengan bau anda. Apakah punca-punca bau badan terjadi dan bagaimana ia terhasil?

Bau badan terjadi melalui peluh dengan bakteria. Apabila kedua-duanya bertemu, ia akan bertindak balas dan akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Kulit manusia mempunyai 3 lapisan, Epidemis, Dermis dan Hipodermis. Kelenjar peluh terletak pada lapisan Hipodermis iaitu lapisan penebat haba. Jadi, kelenjar peluh terdiri daripada dua jenis:

Kelenjar peluh Ekrin

Kelenjar ini paling banyak terdapat dalam badan manusia dimana terletaknya disemua permukaan kulit. Kelenjar peluh ekrin ini tidak berbau dan tidak berwarna.

Kelenjar peluh Apokrin

Kelenjar ini terdapat pada bahagian tertentu sahaja. Antaranya ialah di ketiak, kepala, lipatan peha dan dibahagian payu udara. Kelenjar ini tidak akan aktif mengeluarkan peluh secara banyak sehinggalah seseorang itu dewasa kerana proses perubahan horman akan terjadi.

Peluh daripada kelenjar Apokrin ini keluar melalui liang peluh dan peluh ini mempunyai dua komponen iaitu protein dan fatty acid. Komponen tersebut akan menyebabkan peluh senang bertindak balas dengan bakteria lalu mengeluarkan peluh badan yang berbau.

Peluh daripada Apokrin juga menghasilkan komponen Feromen. Feromen adalah bau yang menarik perhatian pasangan. Contohnya manusia akan mengeluarkan Feromen tersendiri kepada pasangan mereka.

Struktur kulit manusia dimana kelenjar peluh terletak pada lapisan Hipodermis (Imej dari WebMD.com)

Kenapa bau badan boleh terjadi?

1) Badan kita berpeluh.

Peluh terjadinya atas dua faktor:

Pertama, peluh disebabkan panas. Ia juga dinamakan peluh Thermal iaitu peluh yang akan menstabilkan suhu badan.

Kedua, peluh disebabkan emosi atau perasaan yang nervous. Ia terjadi melalui kelenjar Apokrin. Jadi jika seseorang itu stress dan nervous ia akan berpeluh dan mengeluarkan bau badan .

2) Pemakanan: polar makanan

Ada sesetengah makanan yang menyebabkan boleh mengeluarkan bau badan seperti bawang putih, bawang merah dan rempah ratus. Benda ini terjadi kerana badan kita tidak dapat menguraikan makanan kepada pecahan yang lebih kecil dan kadang-kadang sebahagian makanan tersebut kekal di dalam badan kita.

3) Masalah penyakit

Sesetengah penyakit boleh mengeluarkan bau badan contohnya penyakit kegagalan buah pinggang, hati dan kencing manis. Pesakit ini apabila capai satu peringkat tertentu, mereka akan mengeluarkan bau badan yang tidak elok. Perkara tersebut adalah normal kepada pesakit tersebut kerana ia adalah tindakbalas badan pesakit tersebut dengan komplikasi penyakit yang sedang berlaku.

4) Pengambilan alkohol

Kebiasaannya alkohol akan dicernakan melalui hati. Tetapi apabila pengambilan alkohol berlebihan menyebabkan badan tidak boleh menampung dan ia cuba mengeluarkannya melalui beberapa cara iaitu melalui nafas dan liang roma kulit.

Apabila keluar melalui liang roma kulit, badan akan berbau alkohol. Kebiasaannya akan mengambil masa yang lama sehingga beberapa hari untuk pulih keadaan sedia kala.

5) Pakaian

Pakaian yang kotor yang sering berulang kali pakai akan berbau kerana pakaian tersebut telah tercemar dan mempunyai bakteria. Pakaian dalam lebih mudah dicemari oleh bakteria. Jadi sebagai saranan pilihlah pakaian dalaman yang bagus kualitinya yang boleh menyerap peluh. Rajin rajinlah menukar pakaian anda kerana bukan sahaja boleh mengeluarkan bau malah boleh terjadinya penyakit kulit seperti kurap, kudis dan sebagainya.

6) Keturunan/ genetik

Sesetengah genetik atau keturunan ada yang kuat berpeluh. Kadang-kadang etnik yang berbeza mengeluarkan kuantiti peluh yang berbeza. Ada juga penyakit dimana ia menyebabkan mutasi gen. Perubahan mutasi salah satu faktor seseorang itu berpeluh.

Ada juga keadaan penyakit yang menyebabkan perubahan genetik di dalam struktur badan dan menyebabkan individu terbabit tidak boleh mencernakan sesetengah makanan seperti soya, ikan dan sayur sayuran. Jika ini terjadi, ia menyebabkan makanan tersebut kekal dalam tubuh dan boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan melalui peluh.

Begitulah.

Kredit : Dr Ikram Rauhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram