Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
AWAS!!! BULI SIBER

AWAS!!! BULI SIBER

Media sosial menjadi keperluan kepada semua orang. Jika kita lihat anak-anak sekarang kebanyakkannya mempunyai telefon pintar dan mereka akan berinteraksi satu sama lain. Platform yang selalu mereka guna adalah applikasi Whatsapp, Facebook dan Instagram. Tambahan pula applikasi yang tengah “trending” pada abad ini adalah applikasi TikTok yang menjadi kegilaan anak muda.

Apakah buli siber?

Tafsiran buli siber adalah kata-kata kesat, menghina orang, perli, sindir ataupun sekadar membuat sesuatu reaksi ketawa terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, apabila seorang artis atau selebriti mengajak sesuatu kebaikan, tetapi reaksi netizen di luar sana yang mentertawakan mereka tentang kebaikan yang mereka lakukan. Malah ada yang sanggup viralkan, mengutuk di media sosial. Itu adalah reaksi yang tidak bagus. Belum lagi yang datang kepada “Fake Account” atau “Double Account” yang menggunakan nama-nama lain dan palsu sebagainya. Hal ini membolehkan pengguna media sosial rasa curiga dan musykil jika ada individu yang tidak dikenali menyapa mereka dengan nama akaun yang pelik.

Persoalannya, jika benda ini berlaku kepada kanak-kanak, adakah mereka akan luahkan kepada ibu bapa? Kanak-kanak ini perangainya suka pendam sesuatu, mereka takut untuk bercerita kepada ibu bapa. Jadi masalah itu mereka akan mengalami dengan sendirian dan lama kelamaan akan berlaku perkara yang pelik terhadap diri kanak-kanak tersebut.Peranan ibu bapa amatlah penting kerana tahap rasional anak-anak bergantung kepada tahap rasional ibu bapa dan sekeliling. Oleh itu, ibu bapa haruslah menyediakan guide line yang betul untuk anak-anak menggunakan media sosial.

Sebagai orang dewasa, bagaimana hendak mengesan anak-anak jika terjadi buli siber?

Buli siber jika terjadi kepada anak-anak, kita boleh tahu melalui “sleep pattern” (corak tidur).  Adakah anak-anak cukup tidur atau tidak? Jika tidurnya sering terganggu, ibu bapa perlu mengkaji apa yang berlaku di sekolah dan dengan siapa mereka berkawan. Melalui cara itu, serba sedikit kita boleh tahu masalah anak- anak kita yang sering murung dan bersendirian. Hal ini menunjukkan peranan sebagai ibu bapa adalah penting untuk menghindari anak-anak daripada terjebak dengan gejala buli siber.

Jika berlaku buli siber dikalangan keluarga anda, sila laporkan kesalahan tersebut kepada SKMM dan mohon agar siasatan dibuat di bawah Seksyen 233(1), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Anda juga boleh membuat aduan secara atas talian di https://aduan.skmm.gov.my/

Jenis buli yang boleh terus kita laporkan:

1) Menghina

2) Menuduh

3) Sindir

4) Ugutan

Kredit: Khairul Hakimin Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram