Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Apakah Fungsi Sebenar Baking Soda Dalam Masakan?

Apakah Fungsi Sebenar Baking Soda Dalam Masakan?

Baking soda atau nama kimianya Sodium Bicarbonate adalah sejenis bahan penaik yang dimasukkan ke dalam adunan / doh untuk menaikkan produk semasa membakar.

Oleh kerana ia hanya terdiri daripada soda sahaja maka ia memerlukan bahan yang bersifat asid / masam seperti buah-buahan, serbuk koko, gula perang, yogurt, buttermilk, madu dan susu untuk bertindak balas.

Apabila Sodium Bicarbonate ini bercampur dengan cecair dan bahan berasid, tindak balas kimia akan berlaku menghasilkan gas-gas Karbon Dioksida yang akan mengembang dalam oven menyebabkan produk kita naik.

Berbeza dengan Baking Powder yang memang terdiri daripada campuran Soda Bicarbonate dan bahan berasid Cream Of Tar-tar (Asid Tartarik). Sebab itu ia tidak memerlukan bahan berasid lagi untuk bertindak balas.

Baking powder pula ada dua jenis, ‘Single Action’ dan ‘Double Action’. Ini bukan bermaksud yang Double Action itu akan menaikkan produk dua kali ganda, kalau begitu baik gunakan yang Triple Action, ia akan naik tiga kali ganda. Mana ada!

‘Single action’ bermaksud, doh/ adunan yang telah diadun, mesti terus dibakar kerana Baking Powder akan bertindak balas dengan adanya cecair sahaja dalam adunan.

”Double Action’ pula digunakan untuk adunan yang boleh disimpan, dibekukan atau dilengahkan pembakarannya kerana ia hanya akan bertindak balas bila mana ia dipanaskan nanti.

Sebab itu dalam pembuatan kek pisang, kek buah atau kek coklat, kita hanya atau banyak menggunakan Soda Bicarbonate berbanding Baking Powder.

Penggunaan Baking Soda dalam kek coklat, akan membuatkan kek kita bertambah gelap dan menawan. Begitu juga dalam adunan biskut, ia akan menghasilkan biskut yang lebih rapuh dan ranggup.

Keseimbangan soda dan asid dalam adunan sangat penting untuk mengelakkan sisa yang tidak bertindak balas kerana sisa inilah yang akan menganggu rasa akhir produk.

Baking Powder BOLEH mengantikan Baking Soda tetapi Baking Soda TIDAK BOLEH mengantikan Baking Powder. Fahamkan betul-betul.

Sekiranya terdesak, kita boleh membuat Baking Powder sendiri dengan mencampurkan 2 bahagian Baking Soda dengan 1 bahagian Cream Of Tar-tar.

Kredit : Chef Amer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram