Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Apa itu Microsleep?

Apa itu Microsleep?

Kejadian Microsleep kerap berlaku dalam kalangan kita dimana pemandu terlelap seketika tanpa disedari telah terbabas dibahu jalan. Menurut petikan dari Astro Awani, Prof Dr Khulanthayan KC Mani iaitu salah seorng pakar keselamatan jalan raya telah memaklumkan, Microsleep boleh berlaku dalam waktu yang sangat singkat, mungkin dalam beberapa saat hingga dua minit.

Beberapa kes telah dilaporkan antaranya ialah insiden kemalangan bas pekerja berdekatan KLIA pada April lalu menyebabkan 10 terbunuh dan 34 cedera ( artikal dari Harian Metro 28 Mei 2019).

Apa itu Microsleep?

Microsleep adalah keadaan dimana kita akan tertidur kira-kira kurang daripada satu saat sehingga 30 saat tanpa kita sedari. Faktornya adalah pemandu kurang tidur, terlalu letih dan badan cuba melawan merasa mengantuk. Ia sangat merbahaya kerana boleh mengundang kepada kemalangan malah boleh meragut nyawa.

Apakah tanda-tanda seseorang itu menghadapi Microsleep?

  • Tersengguk-sengguk
  • Kelopak mata semakin tertutup dan kuyu
  • Mata terkebil-kebil
  • Pengllihatan menjadi kosong
  • Lupa kejadian sewaktu berlakunya Microsleep.

Bagaimana hendak menghindari dari berlakunya Microsleep?

1-Jangan memandu ketika mengantuk

2-Rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

3-Jika mengantuk, berhenti seketika untuk berehat sekurang- kurangnya 20-30 minit.

4-Berbual-bual dengan rakan sekereta.

5-Elakkan memandu berseorangan jika ingin ke destinasi yang jauh.

6-Sediakan makanan ringan dan minuman untuk mengelak mengantuk ketika memandu.

7-Dengar radio mengelakkan kebosanan di dalam kereta.

Sebelum memulakan perjalanan, saya sarankan anda semua membaca doa menaiki kenderaan. Mudah sahaja.

Semoga bermanfaat.

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram