Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Amalkan Kaedah Masakan Yang Sihat Mampu Mengurangkan Lemak Dan Kolestrol.

Amalkan Kaedah Masakan Yang Sihat Mampu Mengurangkan Lemak Dan Kolestrol.

Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan peningkatan berat badan, tekanan darah, aras lemak dan kolestrol dan menyukarkan kawalan gula dalam darah. Secara jujurnya, ia boleh mengakibatkan seseorang itu menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, Strok dan banyak lagi.

Makanan yang selalu kita makan mengandungi lemak-lemak tertentu. Ia terbahagi kepada tiga bahagian:

>Lemak Tepu

Lemak yang terdapat dalam sumber haiwan seperti ayam, daging, hasil tenusu dan lemak tumbuhan seperti dalam santan kelapa dan isirong kelapa sawit. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan kolestrol darah.

>Lemak Politaktepu dan Monotaktepu

Lemak yang terdapat dalam ikan , kekacang, biji – bijian dan minyak dari sumber tumbuhan.

>Lemak Trans

Lemak ini terhasil daripada minyak politaktepu diproses untuk menghalangnya dari menjadi tengik dan mengekalkanya pada bentuk pejal pada suhu bilik . Contoh makanan margerin beku, biskut, roti, kek dan produk makanan yang diperbuat dari margerin beku.

Apakah kaedah masakan yang disarankan untuk mengurangkan lemak dan kolestrol?

Memanggang: Kaedah ini mampu mengekalkan nutrisi , mengurangkan lemak dan kalori dalam makanan.

Stim/ Mengukus : Cara memasak yang paling kuno iaitu mengekalkan warna, bau, bentuk dan rasa semulajadi makanan tersebut. Untuk mengukus tidak memerlukan minyak dan sup, jadi vitamin dan mineral larut air tidak hilang, dan makanan tidak tepu dengan lemak.

Stir Frying : Stir frying atau Kacau goreng adalah kaedah yang popular di Asia terutamanya bagi masyarakat cina. Kacau goreng adalah menggoreng sambil mengacau-ngacau makanan dalam kuali dengan menggunakan api yang kuat. Kaedah ini mampu mengekalkan tekstur, rasa dan nutrisi makanan yang dimasak sekiranya ia dilakukan dengan teknik yang betul. 

Microwave : Microwave adalah kaedah terbaik untuk memanaskan sisa dan memasak makanan dengan cepat. Ia adalah makanan tertentu seperti pack makanan segera yang sekadar untuk memanaskan sahaja.

Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram