Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
Adakah Anda Tahu? Terdapat 10 Cecair yang keluar daripada Faraj Wanita.

Adakah Anda Tahu? Terdapat 10 Cecair yang keluar daripada Faraj Wanita.

Kami akan menerangkan 10 cecair yang akan keluar daripada faraj wanita.

1) Air kencing iaitu cecair sisa perkumuhan. Ianya adalah najis dan tidak sah solat jika ada air kencing di badan, pakaian atau tempat.
Hukum :Keluar air kencing menyebabkan hadas kecil dan ianya adalah najis.

2) Air Mazi adalah cecair yang keluar ketika berhubungan intim dan ketika syahwat diransang.
Hukumnya adalah seperti air kencing.

3) Air Wadi adalah cecair yang keluar setelah melakukan kerja berat atau mengangkat sesuatu yang berat. Tidak semua wanita akan mengalaminya, boleh jadi seseorang itu tidak pernah keluar air wadi sepanjang hidupnya.
Hukumnya adalah seperti air kencing.

4) Air Mani adalah cecair yang keluar ketika mencapai klimaks syahwat. Ianya berlaku pada lelaki dan wanita.
Hukumnya adalah suci dan tidak najis. Keluar mani menyebabkan hadas besar dan perlu mandi wajib sebelum solat.

5) Keputihan adalah cecair berwarna putih atau sedikit kekuningan. Namun perlu berhati-hati, jika cecair warna kuning keluar dihujung waktu haid, maka ianya dikira sebagai darah haid selama mana masih dalam lingkungan haid lima belas hari.

6) Darah Haid adalah darah yang keluar daripada atas rahim wanita diatas jalan sihat pada waktu yang tertentu. Haid disebut sebagai hadas akhbar (hadas besar). Ini kerana apabila seseorang wanita keluar haid, maka diharamkan baginya wudhuk dan mandi wajib. Adapun mandi sunat harus sahaja.Sekurang-kurang darah haid adalah sehari semalam.Kebiasaan haid enam atau tujuh hari.Sebanyak-banyak haid adalah lima belas hari lima belas malam.Semua perkara yang diharamkan kepada orang berhadas kecil dan besar diharamkan kepada orang haid. Bahkan diharamkan juga bagi suami menceraikan isterinya di dalam haid.

7) Nifas adalah darah yang keluar selepas kosong rahim daripada janin atau awal penciptaan anak Adam. Adakah orang yang keguguran keluar Darah Nifas?Ya. Darah yang keluar selepas keguguran adalah dikira darah Nifas juga.

8 ) Darah istihadhah ialah darah penyakit yang keluar daripada azal (hujung urat) yang berada di bawah rahim selepas tempoh sebanyak-banyak haid dan selepas tempoh sebanyak-banyak nifas, sama ada keluarnya istihadhah itu mengiringi kesan (bekas) darah haid atau tidak mengiringi darah haid.

9) Darah fasad ialah darah yang keluar dari rahim perempuan ketika umurnya belum sampai 9 tahun, darah yang keluar dari rahim perempuan sebelum melahirkan anak, darah yang keluar bersama-sama anaknya, dan begitu juga darah yang keluar dari rahim perempuan di dalam masa kurang dari sehari semalam.

10) Darah Talak iaitu darah yang keluar semasa meneran atau bersama-sama dengan kelahiran (bersama air ketuban) iaitu sebelum bayi keluar sempurna dengan syarat darah tersebut tidak bersambung dengan darah haid yang sebelumnya.

Kredit: Abdullah Hussin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram