Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
9 Langkah Segera Jika Terperangkap Dalam Kebakaran

9 Langkah Segera Jika Terperangkap Dalam Kebakaran

Kebakaran adalah satu kejadian yang boleh membahayakan diri dan alam sekitar jika tidak dikawal dengan betul. Hampir setiap hari akan ada kes-kes berkaitan dengan kebakaran yang dilaporkan sama ada kebakaran yang berlaku di rumah, bangunan, hutan atau sebagainya. Keadaan sangat membimbangkan ini boleh membahayakan keselamatan sesiapa sahaja jika terperangkap dalam kebakaran tersebut yang boleh mendatangkan kecederaan yang serius dan juga boleh membawa maut jika tidak ditangani dengan segera. Untuk mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku langkah awal perlu di ambil, disini kami kongsikan 9 langkah yang diambil segera jika terperangkap dalam kebakaran.

1. Bertenang.

Ini adalah perkara asas yang paling apabila berhadapan dengan situasi cemas. Jika anda panik, anda tidak akan dapat berfikir dengan baik dan akan melakukan kesilapan. Ia tidak akan dapat membantu apa apa masalah hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Selain itu, panik akan membuatkan jantung anda berdegup lebih deras, dan membuatkan anda lebih cenderung untuk menyedut asap toksik.

2. Berkumpul.

Jika terdapat orang lain di dalam bangunan itu seperti ahli keluarga atau rakan rakan atau sesiapa sahaja, cuba untuk berkumpul di tempat yang lebih selamat. Ini bagi memastikan tiada siapa yang hilang dan menyukarkan proses menyelamatkan diri.

3. Selamatkan diri.

Cuba untuk selamatkan diri dengan sepantas yang mungkin jika kebakaran tidak marak dan anda yakin boleh selamatkan diri anda. Dan juga, pastikan laluan untuk menyelamatkan diri itu tidak membahayakan nyawa anda. Hanya anda tahu bagaimana untuk selamatkan diri anda kerana berada di rumah sendiri. Telefon pihak penyelamat sejurus anda berjaya menyelamatkan diri.

4. Menelefon pihak penyelamat.

Jika anda tidak dapat menyelamatkan diri dan keluarga, anda perlu dengan secepat yang mungkin untuk menelefon pihak penyelamat iaitu bomba di talian 911. Perkara ini sangatlah penting kerana jika anda tidak menelefon mereka di saat anda sedar akan jadinya kebakaran, kemungkinan kebakaran itu tidak dapat dipadam jika ia merebak. Pihak bomba pula akan mengambil masa untuk sampai ke lokasi kebakaran. Jadi amat penting untuk menelefon mereka terlebih dahulu sebelum apa apa berlaku.

5. Merangkak di atas lantai.

Asap toksik daripada kebakaran tersebut akan berkumpul di bahagian atas iaitu di syiling. Jadi untuk mengelak daripada menyedut asap berbahaya itu, anda perlu merangkak di atas lantai, dan cuba dapatkan kain atau tuala basah untuk menutup mulut dan hidung anda.

6. Elakkan berada dekat dengan dinding.

Jika anda berada hampir dengan dinding, ia akan membahayakan diri anda jika dinding tersebut tiba tiba runtuh akibat kebakaran dan menghempap anda. Cuba untuk duduk di tempat paling lapang yang boleh.

7. Padam api pada badan jika ada.

Jika pakaian anda pakai terbakar, anda perlulah bertindak dengan segera. Jika anda lambat, api tersebut akan membakar anda dan boleh menyebabkan kematian. Caranya, jangan panik, berhenti serta merta (jika anda bergerak) jatuhkan badan anda ke atas lantai, dan gulingkan badan anda. Dengan cara ini api tersebut akan terpadam dengan lebih cepat.

8. Halang udara toksik.

Bagi mereka yang tinggal apartment dan berada di tingkat yang agak tinggi semasa berlaku kebakaran, jangan cuba untuk panjat keluar melalui tingkap. Jika anda terperangkap di dalam bilik, tutup pintu bilik dan gunakan selimut atau pakaian dan tutupkan ruang di bawah pintu untuk menghalang asap toksik daripada masuk ke dalam bilik anda.

9. Tarik perhatian orang/ ahli bomba di luar.

Jika kebakaran terlalu besar dan anda tidak dapat keluar daripada kebakaran itu, cuba untuk berada di tingkap yang berdekatan supaya mereka di luar boleh nampak anda. Buang segala barang yang mudah terbakar seperti langsir daripada tingkap tersebut, dan cuba untuk melambai lambikan kain atau apa sahaja untuk menarik perhatian pasukan penyelamat. Kalau boleh, gunakan kain yang berwarna cerah.Dan terakhir, jangan kembali ke tempat kebakaran. Jika anda berjaya selamatkan diri anda, jangan sesekali cuba untuk masuk kembali ke dalam rumah yang sedang terbakar. Ia hanya akan membahayakan nyawa anda. Serahkan tugas menyelamat kepada meraka yang bertauliah dan berpengalaman. Anda sudah lakukan yang terbaik.

kredit: Facebook Mari Padam Api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram