Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
9 Jenis Kacang Berkhasiat Tinggi

9 Jenis Kacang Berkhasiat Tinggi

Kacang merupakan pilihan makanan ringan yang sihat untuk tubuh badan kita. Kacang juga biasanya mempunyai lemak yang tinggi, namun lemak yang terdapat dalam kacang adalah jenis lemak yang sihat dan baik untuk kesihatan. Kacang juga mempunyai sumber serat dan protein yang baik. Banyak kajian menunjukkan bahawa kacang mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan terutama dalam mengurangkan faktor risiko penyakit jantung.

Manfaat Kesihatan Makan Kacang

Secara amnya, kacang adalah sumber lemak, serat dan protein yang baik. Sebahagian besar lemak yang terdapat dalam kacang adalah lemak monotaktepu (monounsaturated) , serta omega-6 dan omega-3. Tetapi, kacang juga mengandungi sedikit lemak tepu. Kacang juga terkandung sejumlah vitamin dan mineral, termasuk magnesium dan vitamin E. Banyak kajian telah dilakukan untuk meneliti kebaikkan pengambilan kacang pada kesihatan.

Satu analisis dari 33 kajian dilakukan mendapati bahawa diet tinggi kacang tidak mempengaruhi kenaikan berat badan atau penurunan berat badan secara signifikan. Namun begitu, walaupun kacang tidak banyak mempengaruhi berat badan, banyak kajian menunjukkan bahawa orang yang makan kacang hidup lebih lama daripada mereka yang tidak makan kacang. Ini mungkin disebabkan oleh kemampuan kacang bantu mencegah sejumlah penyakit kronik. Sekarang mari kita lihat 9 jenis kacang yang mempunyai khasiat tinggi.

9 Jenis Kacang Berkhasiat Tinggi

  • Kacang Badam

Badam adalah kacang yang mengandungi sejumlah nutrien bermanfaat. Satu hidangan 28 gram bersamaan segenggam penuh tangan kira-kira:

Kalori: 161
Lemak: 14 gram
Protein: 6 gram
Karbohidrat: 6 gram
Serat: 3.5 gram

Kacang badam juga boleh dijadikan sebahagian daripada diet rendah kalori kerana ia dapat membantu menurunkan berat badan dan menurunkan tekanan darah bagi orang yang berlebihan berat badan atau gemuk. Selain itu, makan dengan satu genggam (28 gram) badam dapat membantu menurunkan kenaikan gula dalam darah sebanyak 30% pada orang yang menderita diabetes tetapi tidak ketara pada orang yang sihat.

  • Kacang Pistachio / ‘Kacang Cerdik’

Pistachio adalah kacang yang tinggi seratnya. Satu genggam penuh ( 28 gram ) Pistachio mengandungi kira-kira:

Kalori: 156
Lemak: 12.5 gram
Protein: 6 gram
Karbohidrat: 8 gram
Serat: 3 gram

Sama seperti kacang badam, kacang pistachio juga dapat mengurangkan kadar kolesterol dengan makan 2-3 genggam penuh (58-84 gram ) sehari.

Juga, pistachio dapat membantu meningkatkan faktor risiko penyakit jantung yang lain, termasuk tekanan darah dan berat badan berlebihan. Kacang pistachio juga dapat bantu mengurangkan kenaikan gula dalam darah setelah pengambilannya.

  • Kacang Waltnuts

Kacang walnut adalah kacang yang sangat popular dan juga  sumber asid lemak (alfa-linolenik) omega-3 yang sangat baik. Hidangan satu genggam walnut (28 gram) mengandungi kira-kira:

Kalori: 182

Lemak: 18 gram

Protein: 4 gram

Karbohidrat: 4 gram

Serat: 2 gram

Kacang walnut dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Beberapa kajian yang dijalankan mendapati bahawa makan walnut secara signifikan dapat mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan. Selain itu, kacang walnut dapat membantu mengurangkan keradangan, yang dapat menyumbang kepada banyak penyakit kronik.

  • Kacang Gajus

Kacang gajus adalah sebahagian daripada keluarga kacang pokok dan mempunyai profil nutrien yang baik. Satu genggam (28 gram) kacang gajus mengandungi kira-kira:

Kalori: 155

Lemak: 12 gram

Protein: 5 gram

Karbohidrat: 9 gram

Serat: 1 gram

Satu kajian telah dilakukan menunjukan pengambilan diet kacang gajus dapat mengurangkan gejala sindrom metabolik. Kajian lain menunjukkan bahawa pengambilan kacang gajus dapat menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kadar kolesterol .

  • Kacang Pecan

Kacang pecan sering digunakan sebagai pencuci mulut, kacang ini mempunyai khasiat yang pelbagai. Satu genggam (28 gram) pecan mengandungi kira-kira:

Kalori: 193

Lemak: 20 gram

Protein: 3 gram

Karbohidrat: 4 gram

Serat: 2.5 gram

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pecan dapat menurunkan kolesterol. Seperti kacang lain, pecan juga mengandungi polifenol, yang merupakan sebatian yang bertindak sebagai antioksidan.

  • Kacang Macadamia

Kacang macadamia mengandungi pelbagai nutrien dan merupakan sumber lemak tak jenuh tunggal. Satu genggam (28 gram) mengandungi kira-kira:

Kalori: 200

Lemak: 21 gram

Protein: 2 gram

Karbohidrat: 4 gram

Serat: 2.5 gram

Sejumlah kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan kacang macadamia dapat menurunkan kadar kolesterol. Selain itu, kacang macadamia dapat mengurangkan faktor risiko lain untuk penyakit jantung, termasuk tekanan dan keradangan oksidatif.

  • Kacang Brazil
sumber gambar: https://syd.iamyiam.com/en/blog/health-benefits-of-brazil-nuts/

Kacang Brazil berasal dari pokok di Amazon dan merupakan sumber selenium yang sangat kaya. Satu genggam (28 gram) kacang Brazil mengandungi kira-kira:

Kalori: 182

Lemak: 18 gram

Protein: 4 gram

Karbohidrat: 3 gram

Serat: 2 gram

Selenium adalah mineral yang bertindak sebagai antioksidan. Walaupun ia digunakan untuk sebahagian fungsi tubuh, anda hanya perlu mendapatkan sejumlah kecil melalui diet anda. Kacang Brazil juga dapat mengurangkan kadar kolesterol dan dapat mengurangkan tekanan oksidatif dan meningkatkan fungsi saluran darah pada remaja yang gemuk.

  • Kacang Hazelnut
sumber gambar: https://fitnessgenes.com/blog/hazelnuts-for-your-heart-brain-and-your-good-looks/

Kacang Hazelnut sangat berkhasiat. Satu genggam (28 gram) kacang hazel mengandungi kira-kira:

Kalori: 176

Lemak: 9 gram

Protein: 6 gram

Karbohidrat: 6 gram

Serat: 3.5 gram

Seperti kacang-kacangan lain, kacang hazel juga baik untuk mengawal risiko penyakit jantung. Kajian lain menunjukkan bahawa diet kacang hazel dapat mengurangkan kadar kolesterol dan meningkatkan jumlah vitamin E dalam darah.

  • Peanut/ Kacang Tanah

Tidak seperti kacang lain dalam artikel ini, kacang ini bukan dari kacang pokok, tetapi tergolong dalam keluarga kekacang. Walaupun bigitu, kacang ini juga mempunyai nutrien yang sama seperti kacang pokok. Satu genggam (28 gram) kacang panggang kering mengandungi kira-kira:

Kalori: 176

Lemak: 17 gram

Protein: 4 gram

Karbohidrat: 5 gram

Serat: 3 gram

Satu kajian  lebih daripada 120,000 orang mendapati bahawa pengambilan kacang dapat mengurangkan risiko kadar kematian. Kacang tanah juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tambahan pula, kadar penyakit asma dan alahan mungkin lebih rendah pada anak-anak untuk ibu yang makan kacang sekali atau lebih setiap minggu semasa kehamilan.

Namun begitu diluar banyak kacang yang sudah bercampur dengan bahan lain seperti garam dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan kandungan nutiren dalam kacang tersebut. Oleh itu penting untuk kita mencari kacang yang asli tanpa bahan-bahan tambahan untuk mendapatkan nutrien yang sempurna.

Sumber: https://www.healthline.com/nutrition/9-healthy-nuts#TOC_TITLE_HDR_11,

Sumber main picture: magazine.foodpanda.my/national-nut-day/

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram