Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
8 Cara Melindungi Diri Apabila Seseorang di Rumah Anda Positif Virus COVID-19

8 Cara Melindungi Diri Apabila Seseorang di Rumah Anda Positif Virus COVID-19

Sekiranya seseorang di rumah anda positif virus COVID-19, sukar bagi kita untuk memastikan anggota lain di rumah anda bebas daripada jangkitan. Kali ini, kami kongsikan  langkah mudah yang boleh anda ambil untuk melindungi diri dan orang tersayang semasa berada di bawah bumbung yang sama.

Kira-kira 50% orang yang hidup dengan seseorang yang dijangkiti coronavirus juga positif. Peratusan ini dapat dikurangkan secara drastik dengan mengambil beberapa langkah berjaga-jaga. Berikut adalah 8 cara-cara untuk melindungi diri anda apabila seseorang di rumah anda dijangkiti COVID-19.

1. Amalkan Pengasingan Diri

Pusat Kawalan Penyakit (CDC) mengesyorkan untuk mengasingkan diri dengan orang-orang di rumah anda yang menghidap coronavirus. Sekiranya perlu, orang yang dijangkiti harus mengasingkan diri di dalam bilik atau ruang yang terpisah, dan mempunyai bilik mandi sendiri yang tidak digunakan oleh orang lain. Jangan biarkan jiran atau tetamu menziarahi di rumah anda sehingga semua orang di dalam rumah tersebut di sahkan negative terhadap virus tersebut.

Sekiranya ruang berasingan tidak tersedia di rumah anda untuk mengasingkan diri daripada orang yang dijangkiti, cubalah meningkatkan pengudaraan tempat  tinggal dengan membuka tingkap apabila cuaca mengizinkan.

2. Orang yang Sebumbung dengan Pesakit Perlulah Membuat Swab Test

Sebaik sahaja seseorang di rumah di sahkan positif COVID atau mengalami gejala, setiap orang di rumah juga harus membuat swab test. Namun, penting untuk bersikap seolah-olah semua orang di dalam rumah positif coronavirus sekurang-kurangnya 14 hari, walaupun hasil ujian adalah negatif. Anda juga harus memberi Kerjasama memberitahu orang yang baru saja anda hubungi iaitu kenalan rapat agar virus tersebut tidak tersebar luas.

3. Sentiasa Memakai Topeng Pelitup Mulut dan Hidung

Selain daripada sentuhuhan, virus COVID-19 tersebar dengan mudah dari mulut dan hidung kita melalui pernafasan, batuk dan bersin. Lindungi semua orang di rumah anda dari jangkitan dengan memakai topeng pelitup mulut dan hidung di antara satu sama lain. Memakai topeng adalah satu kaedah bagi membantu mengurangkan kebarangkalian seluruh isi rumah dijangkiti.

4. Membasmi Permukaan dan Mencuci Tangan Secara Konsisten

Bercakap mengenai permukaan yang terdedah, anda ingin mendapatkan beberapa produk untuk membasmi kuman permukaan tersebut dari virus COVID-19. Permukaan sentuhan berisiko tinggi yang memerlukan pembasmian kuman yang kerap termasuk alat kawalan jauh, telefon, komputer riba, tablet elektronik, pemegang pintu, meja, sink dan tandas. Pertama, bersihkan permukaan dari kotoran atau habuk. Kemudian semburkan cecair sanitizer yang mengandungi alkohol yang sesuai untuk setiap jenis permukaan.

Pastikan anda mencuci tangan dengan kerap menggunakan air sabun. Setiap pencucian haruslah sekurang-kurangnya 20 saat untuk berjaya mengeluarkan titisan virus dari kulit anda. Jika di luar, pastikan anda memakai handsanitizer sebelum memegang mana-mana permukaan.

5. Tingkatkan Pengudaraan di Rumah Anda Sekiranya Diperlukan

Ruang dalaman yang paling selamat adalah ruang yang sentiasa mempunyai banyak udara luar menggantikan udara yang lama terperap. Melalui keratan akhbar Berita harian, Pakar virologi dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata sebarang jenis mutasi virus termasuk D614G boleh merebak dengan pantas di kawasan tanpa sistem pengaliran udara yang baik. Selain penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka, aspek penting yang harus ditekankan ialah pengaliran udara dalam mengawal penularan COVID-19.

6. Mengetahui Berita Tentang Covid-19 dari Sumber Yang Dipercayai

Penyebaran berita palsu amat ketara pada zaman sekarang. Justeru itu, kita janganlah mempercayai sesuatu berita itu di media social tanpa sumber yang betul. Lagi-lagi dalam musim pandemic ini, ramai individu yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan berita sehingga tersebar luas di media social. Sebarang berita tentang Covid-19, anda perlu rujuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

7. Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan Mengamalkan Makanan yang Sihat

Makanan yang kaya dengan nutrisi membantu sistem ketahanan badan anda menjalankan tugasnya dengan baik jika anda jatuh sakit akibat COVID atau terkena jangkitan lain.Ia  juga membantu mengurangkan penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, dan diabetes . Ketiga-tiga keadaan mempunyai persamaan: mereka adalah keadaan yang sudah ada yang boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit yang teruk dari COVID-19. Dengan memakan makanan yang mempunyai nutrisi, anda dapat menurunkan risiko penyakit COVID-19 dan juga dapat menyehatkan tubuh badan.

8. Memberi Sokongan dan Dorongan Terhadap Pesakit Covid-19

Sokongan daripada orang terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan amatlah diperlukan bagi pesakit yang menghidapi Covid-19. Janganlah anda pinggirkan mereka, caci, herdik kerana takut dijangkiti. Berikan mereka semangat agar tidak berputus asa melawan penyakit tersebut. Banyak platform yang boleh kita guna pada zaman kini tanpa bersemuka rapat. Antaranya anda boleh membuat video call, Whatsapp dan banyak lagi.

Kredit : Heathiguide

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram