Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
7 Sebab Mengapa Perlu Lakukan Facebook Ads Untuk Bisnes Anda

7 Sebab Mengapa Perlu Lakukan Facebook Ads Untuk Bisnes Anda

Statistik menunjukkan ramai rakyat Malaysia ketika ini sudah pun memiliki akaun media sosial mereka sendiri. Di peringkat global mahu pun dalam negeri terdapat pelbagai medium media sosial yang boleh digunakan. Antara medium media sosial yang paling popular sekarang sudah semestinya adalah facebook. Mungkin kita tertanya-tanya apakah kelebihan buat bisnes menggunakan facebook. Tidak dinafikan ramai usahawan sedang meningkat naik diluar sana. Namun, adakalanya bisnes mereka akan mula jatuh dan mereka akan mula mencari cara untuk meningkatkan jualan produk mereka. Antara platform yang sering digunakan adalah Facebook, Instagram dan juga Whatsapp. Namun, disini kami kongsikan 7 kepentingan facebook ads untuk bisnes anda.

  • 1- PASARAN LOCAL YANG SEMAKIN MEMBESAR.

Pengguna facebook di Malaysia menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2011, satu pusat pengumpulan data melaporkan bahawa Malaysia berada di ranking ke-17 sebagai negara yang memiliki ramai pengguna FB iaitu dengan jumlah12,193,600 pengguna pada tahun 2011. Jika kita lihat statistik tersebut, di Malaysia sahaja kita sudah mempunyai 12 juta prospek yag berpotensi menjadi pelanggan perniagaan kita.

  • 2- PASARAN GLOBAL YANG LUAS

Tidak tertumpu pada sasaran dalam negara sahaja, malah dengan menggunakan facebook add juga, kita boleh memasarkan produk jualan kita di peringkat global. Menurut survey dari pihak http://www.internetworldstats.com, terdapat seramai 835,525,280 pengguna FB pada 31 Mac 2012. Anda berpotensi memasarkan produk anda kepada lebih 800 juta pengguna FB di seluruh dunia.

  • 3- KOS PENGIKLANAN MURAH

Untuk memasarkan produk kita kepada orang yang kita kehendaki, sudah semestinya ada sedikit modal yang perlu kita keluarkan. Namun kos pengiklanannya juga tidak terlalu tinggi kerana harga kos juga bergantung daripada target yang kita tetapkan. Kita boleh iklankan produk kita dengan kos iklan boleh mencapai serendah USD0.01 (RM0.03) sahaja untuk setiap klik/paparan di facebook. Jika dibandingkan dengan pengiklanan lain, seperti pengiklanan Google, pengiklanan banner blog, iklan di FORUM, facebook ads memang menjadi pilihan, jika dibandingkan dengan iklan offline pula, facebook ads jauh lebih jimat.

  • 4- PASARAN YANG LEBIH TERTUMPU BERDASARKAN DEMOGRAPHIC DATA

Antara perkara yang sangat seronok apabila menggunakan facebook ads ini. Kita boleh iklankan produk kita kepada prospek berdasarkan umur mereka, jantina, kelayakan mereka, kawasan tempat tinggal mereka, minat mereka, status perkahwinan mereka dan banyak lagi. Dengan fungsi tapisan yang disediakan oleh pihak facebook ianya sangat memudahkan. Kita tidak perlu lagi berjumpa pelanggan secara bersemuka, kini dengan facebook ads kita hanya perlu tetapkan target untuk kita sampaikan iklan kepada mereka yang kita kehendaki.

  • 5- PEMASARAN VIRAL

Dengan menggunakan facebook ads iklan anda bukan sahaja diterima oleh target anda sahaja, tapi ianya akan tersebar secara VIRAL. Kelebihan facebook mereka menyediakan fungsi button share, like dan komen. Mereka yang berminat kepada iklan anda ada kebarangkalian untuk berkongsi iklan tersebut pada akaun facebook miliknya. Perkara inilah yang akan disampai kepada pengguna facebook yang lain dan boleh menyebabkan iklan anda diketahui oleh ramai pengguna.

  • 6- RAMAI ORANG MEMBELI DI FACEBOOK

Menurut kajian yang dilakukan majoriti mereka yang berumur 1-34 tahun gemar membeli-belah di facebook. Ini adalah peluang yag sangat besar kepada kita untuk mensasarkan produk yang sesuai untuk ditargetkan kepada mereka. Antara produk yang sesuai degunakan untuk target lingkungan umur tersebut seperti gajet, permainan, kek dan banyak lagi.

  • 7- PROSES PENGIKLANAN YANG CEPAT

Proses yang sangat disukai ramai apabila menggunakan facebook ini adalah kecepatannya. Kita boleh cipta iklan sendiri dan kita boleh sebarkan dalam masa yang singkat. Dengan proses ini kita juga boleh endapatkan beribu-ribu pelawat ke website jualan kita dalam masa hanya beberapa jam. Seraa tidak lagsung proses ini mempercepatkan kita mendapatkan pelanggan untuk membeli.

Kredit: sifufbads.com

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram