Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
7 Langkah Postur Badan Ketika Menunggang Motorsikal.

7 Langkah Postur Badan Ketika Menunggang Motorsikal.

Lebih 60%, para lelaki lebih minat menunggang motorsikal berbanding kereta ketika ingin pergi ke tempat kerja. Hal ini memudahkan mereka pergi ke destinasi sampai pada masa yang ditetapkan tanpa berkejaran masa. Walaupun para lelaki pakar dalam motorsikal, adakah mereka tahu posisi badan yang betul ketika menunggangnya? Kesannya, jika tersalah posisi, mereka akan berasa lengguh pada badan.

Ketika mengambil lesen menunggang motorsikal, Institusi memandu tidak akan mengajar posisi yang betul ketika menunggang motorsikal.Mereka hanya mengajar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) sahaja. Jika lulus, mereka akan mendapat lesen dan jika gagal para pelajar akan mengulangi ujian tersebut.

Kami akan kongsikan 7 langkah postur badan ketika menunggang motorsikal.

Mata

Mata merupakan pacaindera yang penting ketika menunggang. Mata perlu fokus kehadapan dan perlu memastikan keadaan sekeliling anda selamat. Hati-hati terhadap “blind spot” .

Bahu

Posisi bahu juga perlu releks agar anda bawak motor dalam keadaan tenang. Posisi yang tidak betul membawa risiko badan anda akan lenguh.

Siku dan Tangan

Posis siku dan tangan perlu selari dengan tempat pengendalian motorsikal ( bahagian handle).

Jari

Jari anda perlulah mengenggam penuh terhadap “throttle” motorsikal yang membolehkan anda selesa ketika memegang dan memulasnya.

Pinggul

Bagi mendapatkan posisi pinggul yang betul dan selesa, anda perlu rapatkan kedua lutut pada raga motorsikal ketika ingin menaikinya. Pemilihan kusyen pada tempat duduk yang lembut digalakkan agar pinggul anda tidak berasa kebas ketika menunggang.

Lutut

Kedudukan lutut yang betul, anda perlu kepakkan sedikit agar berlaku keseimbangan ketika menunggang motorsikal. Tidak terlalu rapat pada raga ataupun tangki minyak. (bergantung kepada jenis motorsikal).

Kaki

Kedudukan kaki yang betul perlu diletakkan pada kedua pemijak kaki. Ketika ingin naik, anda perlu mengikut arah kiri dan mendahulukan kaki kanan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram