Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
7 Ilmu Perbidanan Melayu yang Anda Perlu Tahu

7 Ilmu Perbidanan Melayu yang Anda Perlu Tahu

1. PANTANG TIDUR WAKTU REMBANG DAN SENJA

Waktu rembang adalah ketika matahari sedang tegak atas kepala. Biasanya antara pukul 12.00 sehinggga sebelum masuk waktu Zuhur.Waktu senja pula masa yang memisahkan siang dan malam.Dan jika tidur waktu begini, ibu boleh dapat penyakit murung dan bentuk fizikal semacam sembab akibat masuk angin. Itu tak lagi terkena gangguan makhlus halus.

2. PANTANG MANDI SENJA

Mandi waktu ini adalah amat dilarang kerana ia akan melemahkan sistem urat saraf serta tulang ibu. Apatah lagi ia menganggu proses perkembangan bayi dalam kandungan.

3. PANTANG MAKAN MINUM BENDA SEJUK

Ibu hamil sangat ditegah dari minum minuman berais atau dari peti sejuk. Makan pula dari nasi sejuk atau yang ditanak semalaman.Ia boleh mengganggu urat saraf, melemahkan janin dan memudaratkan kesihatan.Biasanya ibu hamil boleh terkena bengkak sendi, kaki dan muka jadi kembang. Berat kepala, sering mengantuk dan naik berat badan secara mendadak.Bayi pula membesar dengan sembab angin dan akan timbul masaalah semasa lahir.

4. PANTANG DUDUK DI BENDUL DAN ANAK TANGGAIbu

hamil dilarang makan sambil berjuntai kaki di bendul rumah atau muka pintu sambil berbual dengan orang di atas tangga rumah.Orang lama kata, ia akan menyebabkan kesukaran untuk bersalin dan tempoh mengisi Ketuban yang lama.Sebabnya anak tangga yang berderet diibaratkan proses kelahiran yang mengambil masa panjang sehingga berhari-hari. Ia dikenali sebagai sakit meleret atau sakit melanuih.

5. PANTANG RASA MAKANAN DARI SENDUK

Kebiasaannya, ia boleh beri kesan kepada anak yang bakal lahir. Dia boleh jadi berbahasa kasar, kata-katanya memanaskan hati orang yang mendengar dan datangkan pertengkaran.

6. PANTANG BERSIKAT

Ibu hamil dilarang bersikat sambil melepaskan kusutan rambut dengan cara menggerbangkan rambut lalu menyisirnya pada waktu malam. Dah macam Hantu Kak Limah je akak tengok. He he!Katanya perbuatan ini akan menyebabkan kejadian tumpah darah semasa bersalin kelak.

7. PANTANG TIDUR TEMPAT TERBUKA

Tidur tepi tingkap, ambin, gelegar atau di halaman terbuka sambil melangut ke langit pada bulan mengembang. Amalan ini dikatakan mampu terdedah dengan gangguan syaitan atau rasukan makhluk halus.Seorang ibu hamil boleh jadi kemurungan berpanjangan seterusnya gila merian selepas bersalin.Semua pesan yang jadi petua zaman dahulu ini biasanya diungkapkan oleh bidan-bidan di kampung saja sekarang. Pastinya pesan ini sangat penting dan jika dilanggar kesannya boleh terjadi.Moga kita ambil sedikit manfaat dari petua lama ini ya di zaman serba moden ni.

Kredit: Suzy Honey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram