Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
7 FAKTA MENARIK MENGENAI PULAU RAWA

7 FAKTA MENARIK MENGENAI PULAU RAWA

Kalian mungkin pernah dengar tentang Pulau Rawa. Tetapi sebenarnya, tidak ramai yang pernah sampai ke sana.

Di sini, saya kongsikan 7 fakta menarik mengenai Pulau Rawa, ’hidden gem’ Malaysia!
.

1. Pulau Rawa adalah sebuah pulau kecil yang terletak di negeri Johor, dalam kawasan Taman Marin Sultan Iskandar.

Akses ke pulau ini adalah melalui bot laju dari Jeti Mersing. Pulau Rawa kurang dikunjungi orang tempatan, namun terkenal di kalangan pelancong asing.

2. Rawa adalah nama sejenis burung, dan orang tempatan mengandaikan rupanya seperti burung merpati.

Kalau kalian sedia maklum, nama beberapa pulau di Johor diambil sempena nama binatang, antaranya Pulau Harimau, Pulau Babi Besar dan lain-lain. Agaknya orang-orang dahulu suka memerhati dan menamakannya sebegitu agar mudah dikenali.

3. Pulau Rawa boleh dikategorikan sebagai ‘private island’, dimiliki oleh kerabat kesultanan Johor. Ia sangat dijaga rapi.

Feri awam dan bot nelayan tidak dibenarkan melalui kawasan berhampiran pulau ini. Pengunjung yang dibenarkan masuk hanyalah mereka yang telah membuat tempahan sahaja.

4. Terdapat hanya 2 resort di pulau ini, iaitu Rawa Island Resort (www.rawaislandresort.com) dan Alang’s Rawa (www.alangsrawa.com).

Keduanya mempunyai konsep penginapan yang berbeza. Rawa Island Resort lebih bersifat mesra keluarga, persekitarannya tenang dan mendamaikan. Manakala Alang’s Rawa sesuai untuk backpacker, suasananya relaks dan santai.

5. Harga pakej di Alang’s Rawa lebih murah berbanding Rawa Island Resort. Selain itu, harga pakej pada hari biasa pula lebih murah berbanding hujung minggu.

Pakej standard merangkumi penginapan 2 malam, pengangkutan bot pergi dan balik, serta makanan disediakan (sarapan, makan tengah hari dan makan malam). Makanannya sedap, memenuhi citarasa dan cukup mengenyangkan.

6. Alang’s Rawa berkonsepkan minimal dan basic. Bilik penginapan tanpa tv, wifi, hot shower dan aircond (hanya ada kipas).

Resort ini mempunyai polisi di mana kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dibenarkan pada hari Ahad – Jumaat, manakala hujung minggu (khususnya Sabtu malam Ahad) untuk dewasa sahaja. Ini kerana Alang’s Rawa menjadi pilihan pelancong asing untuk berparti hingga tengah malam dan keadaan menjadi agak bising.

Tips: Bawa earplug untuk tidur yang lebih nyenyak.

7. Pulau Rawa boleh diibaratkan sebagai Maldives Malaysia. Setelah berkunjung ke Maldives dan kemudian ke Rawa, saya tanpa ragu mengiyakan.

Kecantikan asli Pulau Rawa masih terpelihara. Pasir pantainya halus memutih, air lautnya jernih kebiruan. Maka, cuti-cuti Malaysia je lah! Hehe

cbd oil washington il, direct eats reviews, green roads cbd cartridge, kona cbd, best deals on cbd oil, how much cbd oil can your body absord through skin, cbd legal in australia, dementia and cbd oil, cbd oil legal in idaho, medical marijuanas doctors near me, where to buy cbd oil for pain, american indican cbd, cannabidiol health benefits, tasty cbd vape oil, weed growing forum, where to buy cbd oil in delaware, does all hemp oil contain cbd, how expensive is cbd oil, persona 3 oil, how long to keep cbd oil under tongue, cannadips cbd review, cbd by prescription, difference between hempseed and cbd oil, cbd oil nc legal, free shipping at cbd, elixinol respira cbd oil, hemp fusion phytocannabinoids, what does 101, is cbd oil legal in mass, free terra, marijuana for anxiety, momentum physical therapy reviews, hemp cigarettes cbd, cbd oil by green roads, best cbd oil for seizures, logo spectrum coupon code, cbd marihuana definicion, gummy bear cd, cbd isolate powder uses, earth organics, is cbd oil legal in tn 2018, conference venue melbourne cbd, benefit appointment,

Sumber Facebook: Hawa Mayati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram