Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
6 Tips Penting Pengurusan Kewangan Keluarga

6 Tips Penting Pengurusan Kewangan Keluarga

Bak kata pepatah, orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dapat menjamin pengurusan kewangan yang berkesan dan ianya bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu. 

Berikut merupakan 6 tips mengurus kewangan bagi yang telah berkeluarga.

1. Buat Bajet

Wujudkan bajet peribadi yang merangkumi perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan. Lebih baik jika anda dapat merancang kewangan anda terus untuk tempoh setahun. 

Bila dah ada bajet untuk diri sendiri, kini lebih mudah untuk buat bajet untuk keluarga pula. Masukkan sekali perbelanjaan keluarga seperti duit rumah, bil internet, barang dapur, kelengkapan sekolah anak-anak dan sebagainya.

Dengan adanya bajet, kita boleh kira-kira sama ada cukup atau tidak. Dengan adanya data ini, bolehlah buat tindakan untuk kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan pendapatan.

2. Ada Pelan Simpanan

Pastikan gaji yang masuk setiap bulan disimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji tersebut. Sebelum terus dibelanjakan untuk urusan-urusan lain, pastikan kita menyimpan untuk diri sendiri terlebih dahulu.

Kita disarankan untuk mempunyai tabung kecemasan sebanyak 6 bulan gaji bulanan. Kalau gaji kita RM3,000 sebulan, pastikan kita ada sebanyak RM18,000 dalam tabung kecemasan ini.

Ianya kelak boleh digunakan apabila kita sesak atau ditimpa sebarang musibah. Tak perlu kita meminjam atau meminta-minta nanti. Lebih parah sekiranya kita terpaksa meminjam dengan Along.

3. Keperluan vs Kehendak

Ada banyak sebenarnya ruang untuk kita mengurangkan perbelanjaan, cuma kena bijak membezakan di antara keperluan dan kehendak. Dengan adanya kemudahan online shopping, ada saja sale setiap bulan.

Hanya berbelanja ikut keperluan dan kemampuan, selebihnya masuk dalam tabung simpanan.

4. Jana Pendapatan Sampingan

Gunakan kemahiran yang anda miliki untuk menjana pendapatan sampingan buat anda dan juga keluarga. Contohnya, jika anda minat memasak dan sedap apabila memasak, anda boleh sahaja mengambil upah membuat kek ataupun kuih.

Bila ada duit lebih, semakin banyak kita boleh simpan setiap bulan.

5. Melabur

Bila sudah ada simpanan sebanyak 6 bulan gaji tadi, gunakan duit lebihan untuk melabur. Tetapi mula dengan melabur ke dalam ilmu terlebih dahulu.

Fahamkan konsep ‘high risk high return’ dalam pelaburan serta konsep kepelbagaian sesuai dengan pepatah ‘Don’t put all your eggs in one basket’.

6. Bersedekah

Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima. Jika anda benar-benar memahami konsep menderma, pastinya anda akan sentiasa ingin menderma walaupun dalam jumlah yang kecil.

Allah akan menambahkan lagi rezeki serta mencukupkan keperluan sekiranya anda berkongsi rezeki dengan orang lain yang lebih memerlukan. Oleh itu, jangan takut untuk bersedekah.

Sumber: Majalah Labur, lamanfo.com

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram