Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
6 Tips Penting Cara Positifkan Diri Setiap Hari

6 Tips Penting Cara Positifkan Diri Setiap Hari

Cabaran dalam kehidupan realiti tidak dapat dinafikan sememangnya berat, jika kita tidak dapat menyeimbangkan kehidupan dengan sempurna ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Serabut dengan kehidupan rumah tangga, tempat kerja dan sebagainya boleh menyebabkan kita mengalami tekanan perasaan.

Semua masalah, kerumitan yang kita alami sebenarnya berbalik kepada diri sendiri juga, bagaimana cara kita mencorakkan kehidupan kita. Jika betul cara di kendalikan maka berkurangkan masalah yang di hadapi. Untuk itu, mental yang positif sangat di perlukan untuk menyerap dan melawan segala tekanan yang di hadapi. Disini kami kongsikan 6 tips penting cara untuk positifkan diri setiap hari:

1) Tidur Awal

Tidur yang cukup dapat menjaga kesihatan diri. Dengan waktu tidur yang secukupnya, ini akan memberikan anda lebih kesegaran untuk melakukan tugasan harian. Kita disarankan untuk menjaga kualiti tidur yang secukupnya, bagi mengoptimumkan fungsi biologi, tubuh badan serta perkembangan mental, otak dan lain-lain.

Tidur dengan baik juga mengurangkan tahap tekanan dan memastikan tahap tekanan terus terkawal. Selain daripada itu, tidur yang baik juga mengurangkan risiko penyakit kronik yang berkaitan dengannya; seperti tekanan darah tinggi dan diabetes.

Dengan tidur yang cukup, ianya juga dapat meningkatkan selera makan dan mengurangkan peluang makan secara berlebihan.  Oleh itu, jika ingin elak risiko mempunyai berat badan yang berlebihan, pastikan kita tidur dengan secukupnya. Kita disarankan untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

2) Bina Jiwa Yang Mantap

Sekiranya terdapat makanan untuk perkembangan otak dan badan, demikian juga perumpamaan dengan fisiologi.  Menyuburkan dan mengembangkan fisiologi dalam jiwa kita, dapat membawa kepada kehidupan yang lebih memuaskan.

Menjadi sihat secara rohani, membolehkan kita berhubung dengan diri kita yang sebenarnya, seterusnya menjadi salah satu kunci kebahagiaan. Kita boleh amalkan beberapa aktiviti seperti berdoa, pengasingan diri, muhasabah diri dan sebagainya.

3) Luangkan Masa Bersama Orang Tersayang

Menikmati gelak tawa dengan orang tersayang bukan hanya membuatkan kita bahagia, malah boleh juga menjadikan diri kita lebih sihat. Ia boleh memberikan kepuasan melalui perasaan tenang, mengurangkan tahap tekanan perasaan dan membantu kita menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Meluangkan masa dengan orang tersayang, keluarga dan kawan-kawan, dapat menghasilkan keseimbangan kerja-kehidupan dan meningkatkan nilai kebahagiaan. Dengan mempunyai kelapangan minda, sekaligus ia akan melahirkan semangat dan motivasi, serta emosi positif diri sendiri.

Interaksi sosial diperlukan kerana kita tak boleh hidup keseorangan. Ia juga dapat meningkatkan tahap kedamaian psikologi, kerana sokongan emosi melalui individu di sekeliling.

4) Amalkan Aktiviti Seharian Yang Menyeronokkan

Salah satu cara terbaik untuk mencapai minda dan badan yang sihat adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan. Ini kerana ia mampu membuatkan kita berinteraksi secara mental dan fizikal, dan membentuk nilai perasaan dan harga diri.

Kita seharusnya menjadi lebih aktif dan mencuba aktiviti baru yang menyeronokkan seperti bersukan atau membuat kerja amal; yang membolehkan kita bersosial secara sihat.

5) Banyakkan Bersyukur

Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup.

Begitu juga, apabila diuji dengan kemiskinan, penyakit, masalah dan pelbagai rintangan lain, hati tetap sabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

Mereka yang bersyukur sentiasa memuji Allah SWT, menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Golongan yang bersyukur juga mengakui kebesaran Allah SWT.

Bersyukur  tidak dapat digambarkan manfaatnya kepada badan, otak, kesihatan, dan mental. Dengan bersyukur, kita mampu meningkatkan hormon dopamine dalam diri kita, sekaligus kepuasan terhadap kehidupan akan meningkat.

6) Jangan Biarkan “Kelemahan” Kecil Merosakkan Kehidupan

Jika kita ingin mencapai kebahagiaan sebenar dan menjalani minda dan badan yang sihat, kita tidak sepatutnya membiarkan kelemahan kecil tersebut merosakkan seluruh kehidupan anda. Kita seharusnya mencari penyelesaian untuk memperbaikinya.

Sebagai contoh, dapatkan terapi cara pertuturan yang baik jika kita mempunyai masalah gugup ketika perlu berucap di khalayak ramai. Terapi ini akan membantu kita membuat ucapan dengan lancar, sekaligus meningkatkan keyakinan diri. 

Kredit: majalahlabur, bharian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram