5 Koleksi Resepi Masakan Ikan Pelbagai Rasa

Buat ibu-ibu yang suka memasak mungkin ada hari-hari yang membuatkan mereka terfikir menu masakan yang ingin di masak untuk suami dan anak-anak. Sudah semestinya kita akan rasa jemu jika setiap hari atau setiap minggu makan menu masakan yang sama selalu. Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mempelbagaikan menu masakan kita dengan cara yang berbeza. Disini kami kongsikan 5 koleksi resepi masakan ikan yang pelbagai jenis dan rasa yang boleh membantu kalian menyediakan menu masakan di rumah. Kalian boleh mencubanya sendiri.

(1) IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM

kredit: MakNgahOhsem

Bahan bahan:

  • 1 ekor ikan siakap.
  • 1/2 biji nenas.
  • Kangkung.
  • 2 batang serai – ketuk.
  • 1 biji limau nipis.
  • Garam.
  • Gula.

Bahan kisar:

  • 2 tangkai cili merah.
  • 8 tangkai cili padi.
  • 1 biji bawang besar – sederhana besar.
  • 6 ulas bawang putih.
  • Sedikit belacan.
  • 1 inci kunyit hidup.

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
  3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
  4. Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
  5. Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Masakan Thailand, mesti ada masam, manis dan pedas.

(2) IKAN MASAK CUKA

Bahan-bahan:

  • ikan tongkol/bawal/nyok2/kembung/lain-lain.
  • Bawang putih 7 ulas dikupas sahaja.
  • Bawang merah kecil 10 bijikupas kulit sahaja.
  • Biji sawi 1 sudu kecil..
  • Halia 2 inci dihiris.
  • Cili api.
  • Sedikit kunyit.
  • Cuka 5 sudu besar.
  • Timun.
  • Tomato.

Cara-caranya:

  1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam.
  2. Goreng ikan macam biasa.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak.
  5. Tumis bawang, halia, kunyit dan biji sawi smpai naik bau.
  6. Masukkan air dan cuka.
  7. Boleh sukat sama ada mahukan masam lebih atau kurang.
  8. Nak berkuah banyak atau sikit
  9. Masukkan timun dan ikan. Biarkan merenih lebih kurang 10 minit. Kemudian masukkan tomato.

Angkat sedia untuk dihidang.

(3)  IKAN MASAK ASAM KUAH PEKAT

Bahan-bahan:

  • Ikan merah seketul.
  • Bawang besar 1 biji.
  • Bawang putih 2 ulas.
  • Halia seinci.
  • Lada hitam biji.
  • Paste asam jawa sesudu kecil.
  • Kicap satu sudu.
  • Bawang besar, cili merah, cili padi hiris.
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara:

  1. Goreng ikan.
  2. Tumbuk bahan.
  3. Masukkan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai wangi.
  4. Letak air sikit.
  5. Biar kuah mendidih kemudian masukkan paste asam jawa, garam dan kicap. jika tak suka letak kicap masukkan gula sikit.
  6. Tutup api. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi yang dihiris.
  7. Siap untuk dihidang.

(4) KARI IKAN MAMAK

Bahan – bahan:

  • 5 ekor ikan.
  • santan.
  • 3 ulas bawang putih + 1biji bawang besar + halia sebesar ibu jari + 10biji cili hijau kecik = blend kasar.
  • 1 ulas bawang putih + 1biji bawang merah = hiris.
  • daun kari.
  • 7 biji cili merah dan hijau kecik di ketuk-ketuk.
  • 1 sudu besar biji sawi.
  • 1 sudu besar cili kisar.
  • sedikit air asam jawa.
  • 2 sudu besar rempah kari ikan (hakak guna rempah timbang ori dari india).
  • 1 sudu besar rempah kari daging/ayam.
  • 1 sudu besar serbuk kunyit.
  • 1 biji tomato (di belah).
  • bendi.
  • gula + garam + ajinamoto.

Langkah – langkah:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih + bawang merah yang di hiris dan biji sawi hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah di kisar, kacau hingga pecah minyak. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari ikan + rempah kari daging/ayam + serbuk kunyit + daun kari, dan tambahkan sedikit air dan air asam jawa(sebab bila kita masukkan rempah kari, bahan tumisan akan jadi kering, jadi kena tambah sedikit air). Kacau sekali sekala hingga bahan tumisan betul2 pecah minyak.
4. Masukkan santan dan perasakan dengan gula garam ajinamoto, biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan.(sekiranya taknak letak santan, cuma tambahkan air sahaja, jangan terlalu banyak air sebab nanti kuah cair)
5. Perasakan lagi sekali hingga secukup rasa, masukkan bendi.
6. Agak agak ikan dah masak, masukkan tomato dan cili yang di ketuk, tutup api dan siap

(5) ASAM PEDAS IKAN PADI

Bahan-bahan untuk resepi asam pedas ikan pari :
* 2 biji bawang merah saiz 50 sen baru
* 2 ulas bawang putih Bawang putih
* 0.5 cm Kunyit hidup

Semua bahan tumis asam pedas ini ditumbuk lumat.

* 1 sudu teh Jintan manis
* 1 sudu teh Jintan Putih
* 1 sudu teh Lada Hitam
* 1 sudu teh halba

Bahan di atas ini disangai terlebih dahulu baru ditumbuk masuk ke dalam bawang tadi

* 1 sudu makan Air asam jawa
* 1 mangkuk Cili kering dikisar
* 1 batang serai diketuk
* 5-6 batang daun kesum
* 1 sudu teh Serbuk Kari Ikan/daging
* 1 keping asam keping
* 1 1/2 mangkuk air
* 4-5 ekor ikan pari saiz kecil
.
Cara-cara penyediaan asam pedas ikan pari :

#1: Panaskan minyak ,tumis sehingga naik bahan tumbuk dan kekuninagn barulah masukkan cili kering yang dikisar , biar pecah minyak dan tambahkan air asam jawa , serai n daun limau purut , asam keping serta ditambah air secukupnya Jangan banyak sangat air ya.
.
#2: Bila kuah asam pedas dh mendidih , masukkan daun kesum,knor pasti sedap , garam gula ikut tekak .

#3: Barulah dimasukkan ikan pari . Biarkan dalam 6-7 minit sehingga masak dan boleh la tutup api.

Boleh masukkan bendi,tomato atau bunga kantan jika suka.Terpulang ya.

Kredit: blog azie kitchen, murni rahmat, nur atiqah hamid, zara zahara, incik dan cik ca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram