4 JENIS PRODUK TENUSU YANG WAJIB KALIAN TAHU

Susu – dari kecil lagi kita sudah minum susu. Produk tenusu bermakna bahan-bahan yang dihasilkan dari sumber susu, tidak kiralah sama ada dari susu lembu, susu kerbau atau susu kambing. Susu unta jer yang jarang kita dengar.

Antara produk tenusu:

1. SUSU

• Susu terdiri daripada Susu Segar atau Susu dalam kotak. Ia berbeza dari susu cair atau susu pekat manis.

• Semua susu yang dikomersialkan perlu dipastur iaitu dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk membunuh bacteria.

• Susu mengandungi 88 – 90% air, oleh itu ia menyumbang air dalam adunan menjadikan kek atau biskut kita lebih berlemak dan sedap.

• Ia menyumbang kepada tekstur, rasa, warna, masa penyimpanan dan nilai pemakanan.

• Susu Skim adalah susu yang dikeluarkan lemaknya sehingga 0.5% sahaja.

• Susu Cair ialah susu yang dikeringkan airnya sehingga 70%.

• Susu Pekat Manis pula adalah Susu Cair yang ditambah dengan 30 % gula.

2. KRIM

• Diambil dari bahagian berlemak dalam susu dengan kandungan minima lemaknya antara 30 – 40%

• Boleh diputar untuk membuat aising kek, disukai ramai kerana rasanya yang sedap tetapi tidak stabil kerana mudah cair pada suhu panas.

• Banyak digunakan dalam masakan barat dan pastri savori, juga boleh mengantikan santan dalam masakan.

• Terdapat krim gantian yang diperbuat daripada lemak kelapa sawit yang dinamakan Krim Bukan Tenusu.

• Krim Bukan Tenusu (Non Dairy Cream) ini lebih stabil dan mudah dikendalikan terutamanya dalam cuaca yang agak panas.

3. MENTEGA

Produk yang difermentasikan

• Krim masam (sour cream) dibuat dengan mencampurkan Bacteria Asid Laktik. Selalu digunakan dalam pembuatan kek keju.

• Yogurt adalah susu yang kulturkan dengan bakteria, diperisakan dan dimaniskan

• Buttermilk adalah cecair yang dikeluarkan semasa pemprosesan mentega dan telah dikulturkan atau dimasamkan.

4. KEJU

• Krim keju adalah keju lembut yang mengandungi 35% lemak, diperbuat dari krim tenusu yang diinnokulasikan dengan asid laktik

• Keju Mascarpone adalah sejenis keju lembut dengan rasanya yang unik. Berasal dari Itali dan menjadi bahan utama dalam pembuatan kek keju Tiramisu

• Keju Mozarella adalah keju lembut yang tidak doproses, lembut, berkrim dan agak menganjal.

• Keju Cheddar adalah keju separa keras yang telah diproses, ia boleh dimakan begitu sahaja atau ditaburkan atas makanan.

• Keju Parmesan teksturnya keras dan berserbuk bila diparut

Sumber: Chef Amer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram