Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
3 Cara Untuk Legakan Sakit Tekak Anak Kecil

3 Cara Untuk Legakan Sakit Tekak Anak Kecil

1) Antara tanda yang merisaukan bila anak dijangkiti penyakit tonsillitis ialah meleleh air liur yang berlebihan. 

2) Selalunya anak ni tak lalu nak makan atau minum. Badan jadi lemah dan demam pun tinggi. 

3) Tonsillitis ialah radang pada tonsil yang terletak pada bahagian belakang tekak. 

4) Air liur mereka meleleh sebab tekak mereka sakit sangat. Anak ni tak sanggup nak telan air liur sendiri sebab setiap kali menelan, sakitnya Allah saja yang tahu. 

5) Akhirnya, anak perlu masuk ke wad dan diberi air garam melalui darah (Intravenous drip). 

6) Sebenarnya, ada lagi cara lain untuk legakan sakit tekak anak tu. 

Saya kongsikan. 

a) Makan aiskrim dan yogurt sejuk. 

Makanan yang sejuk ni boleh buatkan tekak anak rasa lega dan kurang sakit. 

Di hospital, ada menu khas untuk kanak-kanak ni, dipanggil “Ice cream diet”. Contohnya bubur dan ada aiskrim perisa vanila dalam bekas. 

b) Minum air teh suam bersama lemon. 

Ni pun boleh legakan rasa sakit pada tekak. 

c) Guna Aloclair Plus spray

Boleh dibeli di farmasi dan bila disembur pada tekak anak, kuranglah rasa sakit tu. 

Tonsil yang bernanah macam dalam gambar ni, selalunya dah dijangkiti bakteria. 

Laju-laju bawa anak jumpa doktor untuk dapatkan rawatan okay. 

Dan 3 cara ni sesuai untuk anak yang kecil. Tips lain seperti kumur air garam, tak sesuai untuk anak yang belum pandai berkumur. 

Dalam masa 5-7 hari, selalunya tonsillitis ni akan beransur sembuh dan selera anak pun bertambah elok.

Sumber Facebook : Dr. Redza Zainol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram