Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /srv/users/khm/apps/fakulti/public/index.php(7) : eval()'d code:12) in /srv/users/khm/apps/fakulti/public/wp-content/plugins/post-views-counter/includes/counter.php on line 294
10 Mindset Terbaik

10 Mindset Terbaik

Perkongsian Puan Suzy ini sekali lagi tular apabila beliau berkongsi 10 Mindset Terbaik yang kita perlu ada untuk capai kejayaan. Jom kita semak satu persatu:

1. Kerap bertanya

Pastikan kita selalu bertanya agar tidak sesat berjalan. Sentiasa cari jawapan ‘KENAPA’ terhadap sesuatu perkara. Ia akan membuka pintu pengetahuan seluasnya untuk kita terokai dunia seharian kita. 

Ia juga buat kita tak berhenti belajar. Sentiasa dahagakan jawapan.

2. Berfikiran positif

Untuk setkan minda berfikir benda positif ni, kita kena duduk dalam ‘circle’ yang positif juga. Kita perlu pilih kawan yang sentiasa menyokong setiap usaha dan tindakan kita. Yang jenis jadi pendengar setia dan beri komen membina.

3. Berfikir luar kotak

‘Think out of the box’ ni bestnya, adalah berfikir dengan melihat lebih dari satu sisi. Contoh kalau kau nampak seseorang itu melakukan kesilapan. Kau akan jadi orang yang tak cepat menghukum. Kau akan kaji dalam-dalam kenapa dia buat begitu, tanya padanya secara langsung. Dan sama-sama perbaiki kesilapan tersebut secara diam-diam.

4. Bijak cari alternatif

Dalam hidup ni, kita selalu bazirkan tenaga fokus pada masalah. Lepas ini, kita kena fokus cari penyelesaian pada masalah tersebut.

Selalu, kan orang datang ke kita, cerita masalah saja? Lepas ni, kalau dia datang lagi, tanya kat dia, “so, what’s next?” 

Hehe!

Kalau dia cerita masalah lagi, kau terus bagi solusi. Atau sama-sama brainstorm hal nak diselesaikan tu.

5. Kenali diri

Mindset yang hebat adalah dari orang yang mengenali diri. Sering kita terlepas pandang perkara ni. Kita sibuk tentang hal orang lain. Sampai terbawangkan hal-hal mereka. Kan?

Pernah tak kita selami diri. Dah cukup kenal tak diri sendiri? Senang je nak tahu kau dah cukup kenal diri kau ni. Kau senaraikan paling kurang 20 perkara yang kau tahu, kau minat dan yang kau mahir.

Kalau tak cecah 20 perkara lagi, memang kau tak kenal lagi siapa diri kau yang sebenarnya. Kenal diri ni bagus sebab ia buat kau kenali potensi diri.

6. Disiplin diri

Kena ada mindset untuk disiplinkan diri. Buang segala tabiat buruk kita. Lagi-lagi jika jenis pemalas dan lemau nak maju ke depan. Bab disiplin ni selalu orang kait dengan konsistensi. Kalau kita tak konsisten dalam berusaha, momentum akan jatuh dan kita akan terduduk.

Sama macam naik basikal, nak pastikan kita sentiasa bergerak ke hadapan, kita kena mengayuh. Kalau berhenti tak majulah kita.

7. Jangan membandingkan

Kita kena ada mindset untuk fokus pada satu perkara saja. Jangan ambil perbandingan. Contohnya kau suka terbandingkan kehidupan jiran sebelah yang rajin beli perabot baru. Lalu kau desak suami untuk beli juga.

Kasihan suami yang dah penat lelah cari wang seharian. Dia banyak sangat dah membanting tulang kerja seharian. Patutnya, kita ringankan dengan berikan dia sedikit gelas air masak atau buat hati dia lapang.

8. Tabah dengan ujian

Kita kena sentiasa ada mindset untuk kuat. Bak kata Neelofa, “kita kena jadi wanita yang tak bergantung pada lelaki”. Hebat pemikiran beliau, sentiasa berdikari dan ada mindset international gitu! 

9. Sebar kebaikan

Wanita hari ini perlu ada tanggungjawab untuk sebar kebaikan. Kita kena jadi insan yang cerita hal positif, bantu membantu dan beri impak serta manfaat yang jelas kepada sekeliling kita. 

1 kebaikan yang kita berikan sentiasa akan dibayar dengan 1000 kebaikan buat diri kita juga. Sentiasa pegang pada perkara begini ya.

10. Luaskan pandangan

Kita kena ada mindset untuk sentiasa luaskan pandangan. Kerap merantau diseluruh dunia. Lihat budaya dan corak hidup orang luar. Ia akan beri kita idea dan buat kita jadi orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi.

Sumber Facebook : SuzyHoney

what can i apply my respirator skin to on h1z1, what environments to use air purifying respirator, ear loop disposable mask, 2016 v can v136b1 replacement face shield, which face mask from lush, nokla n95 manual, goggles face respirator mask, medline n95, ice face masks, what respirator cartridge for cannabis, face mask soft armor, how many times can you do a face mask a week, n95 respirator bug out, face masks of skyrim special edition, can your pet get coronavirus, lowes n95 masks, half face mask open mouth, men who use face masks, 3m 7000 series half mask, military face masks, donate to covid 19 first responders, jorel parker fango face mask, how often to use clay mask on face, harmless intestinal coronavirus, drager mask, cryo em structure of porcine delta coronavirus spike protein in the pre fusion state, are daiso face masks good, how deadly is sarin gas and should you be fully suited with respirator to treat victims, air pollution face mask, faces and masks by eduardo galeano, respirator mask what is it, what type of respirator should be used for paint booths, difference between dust mask and n95, mask 3m 7502, surgical mask trend asian, moldex 2400n95 respirator, face shield protector,

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram